0

Resepi Chocolate Lava Cake

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Friday 20 June 2014 17:34 in , , ,
*warning dan disclaimer : sapa-sapa yang ada kencing manis ke, or kencing ala-ala terlebih gula ke, dinasihatkan untuk tidak mencuba resepi ini. Cikgu tidak akan bertanggungjawab di atas bacaan terbaru kencing manis anda .. errr... boleh gitew? :)

Okay.. entri ni cikgu buat sebab ramai sangat request resepi Chocolate Lava Cake (CLC - shortform sebab penat jari mungkil ku nak taip berulang kali hehhehe) .. ceritanye bermula macam ni.. di satu petang yang dingin, anak cikgu si Meisha Nurallyssa, teringin nak makan dessert yang sedap-sedap (translation: saje je nak menyusahkan mummy dia,macam biasa daaaaa).. pastu request pulak Chocolate Lava Cake.. ala-ala chocolate cake yang ada chocolate melting kat tengah tu kan... pergghhhh!! tak boleh tahan tau budak ni dengan request dia yang dah sama level dengan request Puteri Gunung Ledang tu... dah lah mummy tengah bersilat dengan database TNB sebab ada presentation the next day... Tapi knowing my daughter, she won't take NO for an answer. Kalau kita cakap NO, dia akan cakap, NO balik kat kita.. no sebab dia tak terima kita punya NO yang pertama tu.. eh, paham tak ni hahahhaha? Confuse mak! Panjang dah la pulak cikgu ni berceloteh ni.. anyway to cut the very long story a little bit short.. mummy cakap kat dia, ok boleh, tapi dia kena buat sama2 dengan mummy dia... and she agreed to do it. Kebetulan bahan2 semuanya ada dah kat rumah, so senang le sikit cerita ... This is me as a mom... walaupun sibuk giler baban dengan rambut cam tarzan, and tangan kat laptop bergelumang dengan data structure, query design, report design, database design, tapi tak sampai hati nak hampakan permintaan anak-anak.. sob sob gitew... drama queen interframe jap hahahhaa... So biler dah siap.. cikgu pun upload le gambor ke FB.. eh tiba2 ramai lak yang interested nak kan resepi sebab tengok gambar CLC yang sangat over seksi and mengancam gitu.. so itu pasal le cikgu tulis entry ni..senang uolls nak buat rujukan nanti :)

Anyway, kalau kita google gambar Chocolate Lava Cake.. gambar dia ala-ala macam ni la... sangat yummilicious kan?? Dengan chocolate yang meleleh kat tengah, ala-ala lava gunung berapi tu kan.. sangat awesome and sangat menggemukkan badan cake ni tau.. jahat sangat! Cake ni kalau makan kat kedai cam Delicious ke, Ben's ke or Din's ke or Tok Cah's ke.. mesti paling kurang RM15 seketul kecik camtu... padahal tak susah pun nak buat... cuma kena ada beberapa bahan yg basic and Vitamin R aje dah cukup.. Vitamin R tu apa? Vitamin R tu Vitamin Rajin, tak boleh beli kat kedai ye puan-puan semua.. hhahahha ahaks! :p

Gambar yang kat bawah tu, gambar hasil dari resepi yang akan cikgu tulis kat bawah.. senang jek.. buat je dalam mug atau cawan minum air teh tu.. okay jek.. rasa sedap and awesome gak..so really no excuse hoccay? Cuba tengok kegebuan, dan kemelelehan coklat dalam mug tu?? Seksi kan?? Sangat seh!! :)

Versi kedai mahal 

Versi buat sendiri kat rumah... lebih seksi, lebih pekat, lebih leleh... Chocalate Lava Cake Cap Ikan Puyu .. hahhahaha :)


Alright ini resepi dan cara2 nak buat CLC ni... bahan2 nye ada 6 aje.. i told you it's easy peasy lemon squeezy :) . 

Bahan-bahan nya:

Bahan A
150g gula kastor
50 g butter

Bahan B
350 g chocolate chips

Bahan C
4 biji telur
1 teaspoon vanilla
50g tepung gandum

Method:

1. Panaskan oven to 200C. Greasekan 6 biji cawan ataun 12 biji ramekin dish or any small dishes. Kadang2 cikgu guna tart cases yang aluminium tu .. kalau nak buat kecik2, guna muffin cases or cupcake cases pun okay jugak...
2. Cairkan Bahan B dalam microwave . Normally cikgu letak on high for 1 min first.. pastu kacau chocolate tu .. kalau ada yang tak habis melt lagi.. boleh tambah lagi 15 or 30 seconds.. Kacau dan biarkan chocolate cair tu sejuk..
2. Pukul Bahan A hingga creamy di dalam mixer
3. Masukkan Bahan C - mulakan dengan telur satu per satu.. . keep mixing until semua dah mix.. Then masukkan Vanilla dan last sekali tepung
4. Kemudian, masukkan chocolate cair yang telah sejuk tadi ke dalam campuran bahan yang dimixerkan tadi... kacau / mix lagi hingga sebati.
5.  Then, tuangkan ke dalam acuan yang telah digrease kan tadi - max 3/4 dari ukuran acuan .. jangan letak terlalu banyak.. sebab dessert ni sangat rich, nanti akan jadi muak
6. Masukkan dlm oven.. Bakar dlm 12 hingga ke 15 minit depending on your oven. Kalau nak cake tu lebih keras keseluruhannya, then maybe boleh tambah time ke 18 minit..
7. Keluarkan dari oven, boleh ngap terus macam tu je, or boleh hidangkan dengan vanilla ice cream. Gerenti lebih terangkat!!

Sangat senang methodnye kan uolls?? Actually, boleh buat awal dan simpan batter dlm peti sejuk, pastu keluarkan bila perlu , and baru masuk dlm acuan and bakar.

Sapa-sapa yang dah cuba, boleh email gambar kat cikgu ye or kasi review sikit . Jadi ke idak resepi nye :)

Ni gambar cikgu and kawan cikgu, Datin Ros aka Kak Ros - belajar macam mana nak buat CLC ni... dari mula sampai le siap.. senang je uolllss.. sap sap soy jek.. pastu dah boleh ngap. Kalau tak caya, cuba tanya Kak Ros ni haa.. hahhahahah :) Sebab dia dah buatkan Nasi Dagang terbaek dari ladang untuk cikgu ngap masa lunch, so inilah balasannya dari cikgu to Kak Ros - orang berbudi kita berbahasa, orang masakkan nasi dagang, kita bakar Chocolate Lava Cake. Aummmm, pantun empat kerat yang awesome!! :)


Chef import dari Turkistan mari... ahaks! :)

Datin Ros aka Datin Masterchef Wannabe sedang kusyuk tuangkan chocolate dlm acuan..

Eh, dah back to her chirpy self.. hahahha

Dah ready pun...

Ketukkan untuk mereveallkan kelelehan nye.. eh, macam lain macam je bunyi ayat cikgu ni.. hmmmm

Ko hado??? Hahahahaha jangan marah ye kak ros. Sayang kak ros ketat2 .. muahhhh 



Selamat mencuba uolls :)

0 Comments

Copyright © 2009 Blog Cikgu Maz - Cerita-ceriti Cikgu Maz All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.