0

Part 3: Spa Birthday Party at Hurun Ain Oasis Muslimah Spa

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Friday, 15 February 2013 16:05 in , , , ,


So, seperti yg cikgu aka mummy ceritakan sebelum ni, decision utk pergi ke spa ni dibuat setelah spa yg lagi satu tu dah fully booked on the date yg mummy nak. Dan si tuan punya spa, Has, sangat la baik hati utk menerima booking mummy walaupun pada mulanye tak boleh, sebab semua staff dischedule pergi kursus, so tak ada orang nak handle budak-budak ni.. Customer service yg terbaek dari ladang, gua cakap lu!!



Spa ni terletak di Taman Tun Dr Ismail, website address kat sini - Hurun Ain Oasis Website - Senang je nak ke sana, yg tak berapa senang is nak cari parking.. So tip yg bagus is to organise party waktu pagi, say mula dlm pukul10.30 or 11 pagi.. Supaya senang guests nak dtg and park kereta, klu tak memang berpusing dua tiga kali le , itu pun belum tentu lagi dpt parking spot. Alhamdulillah, mummy sampai dlm pukul 10.30, parking pun masih banyak... Utk pakej yg mummy pilih, jangka masa adalah dlm 3 jam.. Food and cake boleh bawak sendiri.. So, dah siap-siap suruh bibik gorengkan nugget, mummy dah order creme puffs dan drinks. Sangat flexible!

Biler masuk kat dlm spa ni, rasa mmg tak sia-sia booked birthday party kat sini.. Cantik sangat decorations yg telah disediakan!! Oh ye, terlupa nak cerita. Sebelum party ni berlangsung, Mastura ada telefon tanya colour apa yang Meisha suka, sebab dia nak decorated kan tempat according to her favourite colour theme. So mummy cakap, her favourite colours are purple and white, so inilah hasilnya... Si Meisha dah tersenyum sampai ke telinga biler kawan-kawan dia puji the decorations and all ( naik le sikit saham budak ni kat sekolah, mummy rasa la.. ) tempat pun menarik, siap ada ala-ala outdoor garden utk lepak-lepak.. Cuba tgk gambar-gambar kat bawah ni... Cantik kan?
Butterfly Theme

Bergambar dulu sementara tunggu kengkawan - sweetkan tempat ni? Sungguh gorgeous dan very girly hiasan nye.. 

Birthday girl bersama dress baru yg dia pau dari mummy, bergambar  depan  small water fountain (baju dan orang dan comel dah, tapi yg slack tu, ada plaster lak kat kaki)

Decorations untuk party

Ambil angin kat luar sambil makan nugget
So sementara tunggu dua lagi rakan Meisha tiba, yg mana ada dulu sempat le bergambar sakan.. Staff-staff kat sini, especially Mastura sgt la baik dan peramah dan rajin melayan budak-budak dan mak budak ni.. Bos dorang, Pn Has pun sgt friendly dan sempoi.. Muda dan comel lak tu.. Setelah dua lagi kawan Meisha sampai, Saffiya dan Yaya, So tanpa melengah masa, acara pamper and indulge ni pun bermula, while mummy tengok and buat muka excited, walaupun rasa boring menunggu bebudak ni (tapi dlm hati rasa bestnye klu dpt join sekali, tetapi biler terbayang betapa horrornya muka Meisha klu tengok mummy join dia dan kengkawan, terus je cancel niat di hati tu heheheheh )..

Pose ala-ala ladylike and very posh gitu .. tapi plaster kat kaki spoil kan everything hehehehe

Meisha and friends dibahagi kepada 2 group. Satu group buat manicure dan pedicure, satu lagi group buat hair and make up.. So, tengok la pics kat bawah ni... Mmg beruntung budak zaman sekarang ni kan? Kenapa le zaman kita dulu tak ada benda-benda ni? Mode *nostalgic sambil nangis teresak-esak*
Sementara mummy menunggu, nasib baik kawan mummy, Kak Mawar ada sama, boleh le layan borak, sambil makan creme puff yg sungguh sedap gitu...

Memilih nail varnish for mani and pedi..Sorang pilih dua colour, siap buat colour lain-lain lagi kat jari!

Mummy and Kak Mawar camwhore jap, sementara bebudak tengah busy :)

Sessi mani and pedi bermula.. budak zaman sekarang ni kan.....entah le nak cakap. Mak  zaman sekarang pun, lagi le tak leh nak cakap apa, sebab sanggup melayan kerenah anak-anak zaman sekarang ni *ahaks*

Satu lagi group, buat hair and make-up

Senyum jap, sambil posing..
Check out our nails yoooo!!

Birthday girl yg super happy tapi masih maintain muka macho, seperti biasa..

Princesses being attended by dayang-dayang yang baik hati :)

Check out Saffiya's hair yang telah siap curled, now her turn to do mani and pedi lak.

Bestnye jadi budak abad ke 21 ni kan? kan? kan?

Biler semua dah berakhir, acara nyanyi lagu and potong cake gitu, dgn hair and make up and mani and pedi yg dah siap. Everyone looks gorgeous!!

Yaya and Meisha, posing manja and maut gitu

Birthday cake yang mummy buat sendiri, homemade ye  yuolls :)

Cake, courtesy of Mummy's Own Bakery wonderfulfavors.blogspot.com :)

Kakak Mummy and Meisha..

One more here

Make a wish and blow the candles!

Show me your nails girls!!

Sessi "Pakai Topeng" le pulak.. Auntie Mawar is helping the kids. Mastura cakap ada  banyak masks and accessories lain untuk play dress up, so apa lagi, the girls pun terus le teruja!!

So cute and adorable kan?

Yang ni, jumpa le pulak topi and wig bagai.. layan je le.. nasib baik Mastura and the staff kat sini baik hati nak melayan dorang ni..

Check out my glasses and hat!

Awak, apa yang ada lagi kat dalam ni??

Aleiya trying to pasangkan wig to Hannah. Comel giler dorang ni!

Wizard yg langsung tak menakutkan.. Tersenyum riang sebab  happy birthday party dia sangat le happening. Thanks Mom!!


So all in all, a memorable party for Meisha and her friends.. Everyone had a great time at the party, esp Meisha. And last sekali, mummy pun settlekan la bill... Nasib baik le birthday setahun sekali je kan? Kalau dua atau tiga kali setahun, mahu rabak bank account mak dan ayah... Thank you to Puan Has and all her staff for entertaining Meisha and her friends. We had a great time and will certainly be back, insya allah :)

----------------------------------------------------------------

0

Part 1: Sleepover Party

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Wednesday, 6 February 2013 09:12 in , ,
Okay, part ni telah diorganise oleh Meisha .. so Mummy just cerita secara ringkas je.. Bermula dari pukul 5 petang, kengkawan Meisha pun mula le sampai.. Yg confirm boleh datang untuk Sleepover Party only 3 orang, sebab lagi 2 orang kawan tu ada hal. But they will be at the spa party the next day. Kengkawan yang datang adalah, Aimi, Hannah dan Aleiya.. Plan Meisha adalah seperti berikut: 1) Have fun 2) Have fun 3) Have fun . What??? Whatever le labu... sebab mummy kasi kebenaran pada dia untuk tetapkan itenararies nye, ini lah jadinya.. In the end, the girls ended up berborak sampai pukul 3 pagi dlm bilik.. entah apa le yg dorang gossip kan, mummy tak mau campur. Kepala mummy dah cukup pening dah.. So enjoy le gambar-gambar ni ye :)

Bergambar atas katil dgn pyjamas masing-masing

Buat aksi cute ramai-ramai :)

I tell you, these girls look so cute in their PJs!

Berborak sakan, tak habis-habis.. Dari dlm bilik, turun bawah, pastu naik atas.. entah pukul berapa le dorang ni tidur, mummy pun tak pasti. Yang pastinye, mummy dah lama tumbang, sebab penat!

Salah satu aktiviti yg dirancang Meisha, main Twister!! Kelakar game ni

Getting ready to go to the Spa. Adik pun tumpang inter frame sama...
-------------------------------------------------------------

0

Part 2: Merancang birthday party Meisha (tips dan panduan untuk ibu-ibu di luar sana)

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Monday, 4 February 2013 08:24 in , , , ,
So, si anak dara ni, Meisha, biler dah berumur 11 tahun, dia dah tak mau lagi buat birthday party kat rumah or kat McDonald, KFC, or bowling alley ke or tengok wayang ke or tempat-tempat yang sewaktu dengannya (kes nak menperabihkan harta benda daddy and mummy dia la ni, as always *wink*) .. So daripada bulan January lagi, dia dah ada pelbagai-bagai idea untuk birthday party dia tahun ni. Top of the list is Sleepover and Spa Pamper Party (see what I mean by menperabihkan harta benda daddy & mummy dia ni ?) . Plan nye, dia akan menjemput a couple of friends only *mode: budget*, bermula dengan sleepover party di rumah, dan keesokan hari nya, mummy akan hantar Meisha dan kengkawan ke Spa untuk Party Pamper and Indulge (konon..) .. Soalan yang paling penting sebelum party starts is "Berapa ramai kengkawan yang nak diinvite?" sebab, lagi ramai kawan, lagi besar budget nye kan? Spa package dikira per head, so kena kira dulu berapa kepala.. sebelum kepala mummy hilang sebab overbudget (sebelum ni dia dah sempat ketuk mummy untuk dress baru for her party, accessories baru etc etc etc) So, mana le tak pening??? heheheh

Meisha : So how many friends can I invite?
Mummy: Ala.. 5 orang cukup la, campur Meisha 6 orang. Okay la tu.. lagipun Spa tu cakap minimum guests is 6 person..
Meisha: But I want to invite Aliya, Hannah, Aimi, Fina, XYZ, ABC, DEF, MNO, PQR, TUV etc etc etc (masa ni, mummy dah tak dengar Meisha cakap apa, sebab mata mummy dah keluar tanda RM bertalu-talu)
Mummy: FIVE friends. Take it or leave it
Meisha. Alright! 5 then (sambil muncung mulut dgn muka tak puas hati)

So now boleh plan. But first, pembahagian kerja.. klu semua mummy nak buat, pengsan le mummy kan?  Tugas Meisha adalah seperti berikut:
1) Decide siapa 5 friends yang nak dijemput
2) Buat invitation cards
3) Sediakan itenariries untuk sleepover party




Tugas mummy pulak adalah seperti berikut:
1) Cari dan telefon spa untuk booking
2) Beli barang untuk goody bags
3) Kira wang cukup tak untuk tampung kos buat birthday party budak pompuan yang perasan anak orang kaya ni heheheh

So dalam mummy ni sibuk dgn training (kebetulan banyak la pulak training bulan January ni , but not complaining, rezeki Allah kasi, alhamdullilah) .. sempat le jugak curi masa untuk call beberapa spa package yang ada. Ini hasil googlelan dan telefon sana-sini:


1. Dewi Ayu Spa di Sri Hartamas. SpaPackage Per Kid : RM120
(F-0-8 & F-0-10 Plaza Damas,Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia 06-2035373). 

PARTY PACKAGE 1
Fantasy Facial
Princess Flower Bath
Manigirl & Pedilady 

PARTY PACKAGE 2
Fantasy Facial
Manigirl & Pedilady
Mini Makeup
Fantasy Facial: Fabulous chocolatemask with face massage, cucumber eye, cleanser & moisturizer

2. Hurun Ain Oasis Muslimah Spa& Salon
104 A & B Jalan BurhanuddinHelmi, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
(+603 - 7731 7411)

Ada beberapa pakej yang menarik,semuanya bergantung kepada budget masing-masing, harga dari RM99 per person to RM179 per person bergantung kepada pakej yang diambil. Minimum guests adalah 6 orang. Pakej yang mummy ambil adalah yang paling kedekut  ekonomi iaitu Pakej SassySunflower :) - RM99 per person, seperti berikut:

Sparkly Manicure & Pedicure
Zippy Hair Do
Pretty Make-Up
I Keepsake Photo CD
Ballon Decorations
Special Gift for Birthday Girl
Gift for Party Guests

Setelah berbincang dgn si Meisha,dia pilih Spa Package yang pertama, Dewi Ayu Spa. So mummy pun telefon la untuk booking. Tapi frust sungguh, sebab Spa dah fully book hingga ke March!! Masa telegon ni dalam middle of January, so bayangkan la kan, dah fully booked untuk 2 bulan yang akan datang! Parents sekarang memang go all out untuk birthday anak-anak, untung sungguh anak-anak zaman sekarang ni kan? Kalau kita dulu,birthday pun tak pernah sambut, kalau sambut pun, mak goreng le mee sebungkus,kan? Pastu dapat le aiskrim Malaysia sorang sebatang.. itu pun dah kira best giler dah tu! Betul tak? So, pengajarannya, pastikan telefon dan booking awal to avoid being disappointed. Jangan jadi macam mummy, semua last minute sebab tak sempat!

Anyway, So macam mana? Meisha dah hantar invitations to her friends, saying that Spa Party is on the 2nd February. So, tak ada pilihan lain, terpaksa le pilih Spa yang kedua, HurunAin. Actually, tak tau pun spa ni wujud. Nak dijadikan cerita, Meisha pernah pergi Feffy Kids Spa dekat area Mont Kiara , untuk birthday kawan dia a couple of years back. Biler mummy googled and call, spa tu dah tutup sebenarnya. Tapi ada satu nombor telefon handphone kat website dia.. So biler mummy call, rupa-rupanye,nombor salah sorang pekerja lama kat Feffy Spa. Dia sekarang dah bekerja diHurun Ain Spa ni.. nama dia Mastura. Dia la yang mencadangkan dan nmemperkenalkan Hurun Ain Spa dan pakej-pakej Kids Spa yang ada kat situ.. Legagiler mummy!! Tapi biler mummy cakap date yang mummy nak, dia cakap tak bolehle pulak.. sebab staff semua tak ada, kena pergi kursus. Arggggh!!!! Tidak!!!!Mummy dah stress tahap gaban ni *breath in, breath out, breath in, breathout* 

Nak dinamakan rezeki Meisha la,Mastura call balik a couple of hours later bagitau yang date yang mummy mintaktu, boleh. Sebab bos dia decide untuk hantar staff semua kursus pada hari yanglain, sebab nak accommodate kan request mummy ni. Bravo to the owner!! Macam nila customer service yang bagus, terbaek la!! Super respect kat bos Mastura ni,yang berfikiran jauh dan mementingkan permintaan pelanggan.. Alhamdulillah...so satu masalah yang besar dah selesai.. dah booking spa untuk birthday party.Pheewww!!! Kalau tak, sure mengamuk le anak dara tu.. :) Terima kasih Hurun Ain Oasis..

So next entry, kita cerita pasal Spa Party ni pulak...


0

Birthday Meisha yang ke 11 - Dah besar anak dara mummy *huwwwwaaaaaaa*

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Friday, 1 February 2013 18:17 in
So, semasa mula-mula menulis entry yang pertama tu, masa tu sambil buat birthday cake untuk si Meisha tu.. so ni lah hasilnya, nasib baik tak hangus ke, klu tak harus nangis dibuatnye.. Tak sangka anak mummy dah umur 11 thn.. Tak lama lagi, gi sekolah asrama, pastu gi overseas, pastu kahwin ... mode *sedih giler babas*. Anyway, biler dia tengok cake ni dia sangat le happynye.. terus blurted out "Mom, I LOVE IT!! You are the best mummy in the world!" .. Hhahaha priceless kan? :)



0

Posting yang pertama - Azam tahun baru... buat blog Cikgu Maz..

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on 17:36 in
Assalamualaikum semua,

Sudah lama dah tak menulis di blog.. padahal dulu sangat le active berblog ni.. almaklum , sangat le sibuk dgn urusan duniawi yg lain, sampai nak menulis di komputer pun tak sempat..

Salah satu azam baru cikgu adalah untuk mula menulis blog semula. Rasanya banyak pengalaman dan ilmu yang boleh dikongsi bersama-sama pembaca (mode:*perasan famous* hehehe) Dah nak habis bulan satu di tahun baru, baru le terfikir pasal salah satu new year resolution yang telah dibuat.. In cikgu maz style, blog ini dibuka semasa kek birthday anak aku sedang dibakar di dapur.. jangan hangus jap lagi udah le joyah oooiiii...... mengamuk lak si kecik tu nanti!

Anyway, page introduction ni, macam susah sikit nak ditulis. Akan ditambah isi nye dari masa ke semasa...



Copyright © 2009 Blog Cikgu Maz - Cerita-ceriti Cikgu Maz All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.