0

Part 3: Spa Birthday Party at Hurun Ain Oasis Muslimah Spa

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Friday, 15 February 2013 16:05 in , , , ,


So, seperti yg cikgu aka mummy ceritakan sebelum ni, decision utk pergi ke spa ni dibuat setelah spa yg lagi satu tu dah fully booked on the date yg mummy nak. Dan si tuan punya spa, Has, sangat la baik hati utk menerima booking mummy walaupun pada mulanye tak boleh, sebab semua staff dischedule pergi kursus, so tak ada orang nak handle budak-budak ni.. Customer service yg terbaek dari ladang, gua cakap lu!!



Spa ni terletak di Taman Tun Dr Ismail, website address kat sini - Hurun Ain Oasis Website - Senang je nak ke sana, yg tak berapa senang is nak cari parking.. So tip yg bagus is to organise party waktu pagi, say mula dlm pukul10.30 or 11 pagi.. Supaya senang guests nak dtg and park kereta, klu tak memang berpusing dua tiga kali le , itu pun belum tentu lagi dpt parking spot. Alhamdulillah, mummy sampai dlm pukul 10.30, parking pun masih banyak... Utk pakej yg mummy pilih, jangka masa adalah dlm 3 jam.. Food and cake boleh bawak sendiri.. So, dah siap-siap suruh bibik gorengkan nugget, mummy dah order creme puffs dan drinks. Sangat flexible!

Biler masuk kat dlm spa ni, rasa mmg tak sia-sia booked birthday party kat sini.. Cantik sangat decorations yg telah disediakan!! Oh ye, terlupa nak cerita. Sebelum party ni berlangsung, Mastura ada telefon tanya colour apa yang Meisha suka, sebab dia nak decorated kan tempat according to her favourite colour theme. So mummy cakap, her favourite colours are purple and white, so inilah hasilnya... Si Meisha dah tersenyum sampai ke telinga biler kawan-kawan dia puji the decorations and all ( naik le sikit saham budak ni kat sekolah, mummy rasa la.. ) tempat pun menarik, siap ada ala-ala outdoor garden utk lepak-lepak.. Cuba tgk gambar-gambar kat bawah ni... Cantik kan?
Butterfly Theme

Bergambar dulu sementara tunggu kengkawan - sweetkan tempat ni? Sungguh gorgeous dan very girly hiasan nye.. 

Birthday girl bersama dress baru yg dia pau dari mummy, bergambar  depan  small water fountain (baju dan orang dan comel dah, tapi yg slack tu, ada plaster lak kat kaki)

Decorations untuk party

Ambil angin kat luar sambil makan nugget
So sementara tunggu dua lagi rakan Meisha tiba, yg mana ada dulu sempat le bergambar sakan.. Staff-staff kat sini, especially Mastura sgt la baik dan peramah dan rajin melayan budak-budak dan mak budak ni.. Bos dorang, Pn Has pun sgt friendly dan sempoi.. Muda dan comel lak tu.. Setelah dua lagi kawan Meisha sampai, Saffiya dan Yaya, So tanpa melengah masa, acara pamper and indulge ni pun bermula, while mummy tengok and buat muka excited, walaupun rasa boring menunggu bebudak ni (tapi dlm hati rasa bestnye klu dpt join sekali, tetapi biler terbayang betapa horrornya muka Meisha klu tengok mummy join dia dan kengkawan, terus je cancel niat di hati tu heheheheh )..

Pose ala-ala ladylike and very posh gitu .. tapi plaster kat kaki spoil kan everything hehehehe

Meisha and friends dibahagi kepada 2 group. Satu group buat manicure dan pedicure, satu lagi group buat hair and make up.. So, tengok la pics kat bawah ni... Mmg beruntung budak zaman sekarang ni kan? Kenapa le zaman kita dulu tak ada benda-benda ni? Mode *nostalgic sambil nangis teresak-esak*
Sementara mummy menunggu, nasib baik kawan mummy, Kak Mawar ada sama, boleh le layan borak, sambil makan creme puff yg sungguh sedap gitu...

Memilih nail varnish for mani and pedi..Sorang pilih dua colour, siap buat colour lain-lain lagi kat jari!

Mummy and Kak Mawar camwhore jap, sementara bebudak tengah busy :)

Sessi mani and pedi bermula.. budak zaman sekarang ni kan.....entah le nak cakap. Mak  zaman sekarang pun, lagi le tak leh nak cakap apa, sebab sanggup melayan kerenah anak-anak zaman sekarang ni *ahaks*

Satu lagi group, buat hair and make-up

Senyum jap, sambil posing..
Check out our nails yoooo!!

Birthday girl yg super happy tapi masih maintain muka macho, seperti biasa..

Princesses being attended by dayang-dayang yang baik hati :)

Check out Saffiya's hair yang telah siap curled, now her turn to do mani and pedi lak.

Bestnye jadi budak abad ke 21 ni kan? kan? kan?

Biler semua dah berakhir, acara nyanyi lagu and potong cake gitu, dgn hair and make up and mani and pedi yg dah siap. Everyone looks gorgeous!!

Yaya and Meisha, posing manja and maut gitu

Birthday cake yang mummy buat sendiri, homemade ye  yuolls :)

Cake, courtesy of Mummy's Own Bakery wonderfulfavors.blogspot.com :)

Kakak Mummy and Meisha..

One more here

Make a wish and blow the candles!

Show me your nails girls!!

Sessi "Pakai Topeng" le pulak.. Auntie Mawar is helping the kids. Mastura cakap ada  banyak masks and accessories lain untuk play dress up, so apa lagi, the girls pun terus le teruja!!

So cute and adorable kan?

Yang ni, jumpa le pulak topi and wig bagai.. layan je le.. nasib baik Mastura and the staff kat sini baik hati nak melayan dorang ni..

Check out my glasses and hat!

Awak, apa yang ada lagi kat dalam ni??

Aleiya trying to pasangkan wig to Hannah. Comel giler dorang ni!

Wizard yg langsung tak menakutkan.. Tersenyum riang sebab  happy birthday party dia sangat le happening. Thanks Mom!!


So all in all, a memorable party for Meisha and her friends.. Everyone had a great time at the party, esp Meisha. And last sekali, mummy pun settlekan la bill... Nasib baik le birthday setahun sekali je kan? Kalau dua atau tiga kali setahun, mahu rabak bank account mak dan ayah... Thank you to Puan Has and all her staff for entertaining Meisha and her friends. We had a great time and will certainly be back, insya allah :)

----------------------------------------------------------------

0 Comments

Copyright © 2009 Blog Cikgu Maz - Cerita-ceriti Cikgu Maz All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.