Serama Park ni, belongs to salah seorang business partner daddy, Fauzi and his wife Fauziah. Tempat ni terletak near Ayer Keroh tol, tapi tak nampak le daripada luar, sebab dia ke dalam sikit. So, kalau you all dari KL, kiranye lepas je Ayer Keroh tol, terus belok ke kanan, arah ke Durian Tunggal.. jalan terus, sampai le nampak signboard besar Serama Park kat sebelah kiri korang.
Fauzi ni seorang fanatik when it comes to Ayam Serama. Ayam ni kadang-kadang orang panggil ayam katik, sebab dia kecik banget.. tapi comel banget jugak.. and mahal banget hokay! Fauzi ada cakap kat cikgu berapa jumlah ayam serama yang dia bela, tapi dah tak ingat dah, banyak sangat informasi dalam kepala otak cikgu ni.. Yang cikgu ingat, dia ada bela dalam 16 ekor kuda.. Masa time we all visit baru ni, kak Fauziah sibuk mintak opinion cikgu pasal senarai nama-nama untuk kuda jantan and betina yang dia dah terpikir macam Purnama, Seroja, Tuah, Jebat.. etc etc Dia nakkan nama ala-ala nama klasik gitu.. so dia mintak pendapat cikgu.. Cikgu sarankan le satu dua nama untuk kuda jantan macam Perkasa, Perwira.. entah le, susah pulak nak pikir nama-nama orang zaman dulu.. kalau nak nama zaman moden ni, dah lama cikgu sarankan nama Aaron or Adiputra ke... hehehehe
Tempat ni besar sebenarnye, tapi tak siap sepenuhnye lagi. Pembinaan nye masih dalam berperingkat. Bermula dengan restoran, Taman Merpati, Taman Serama, dan seterusnya, kalau ikut perancangan, ada resort kat situ.. Cikgu pun tak habis explore lagi tempat ni, sebab asal datang je dah malam, asal datang je dah malam.. Kalau pergi mana-mana dengan daddy, jawabnye, kena ikut timetable daddy le... Slow and steady sbb kita sedang holiday, tak perlu rush or sampai awal, unless if we had to.. Hehehhe..
Kenapa best kalau sampai siang? Sebab boleh pergi melawat ladang kuda, boleh ride kuda tu, boleh naik ATV, boleh tengok kolam ikan... See? Banyak aktiviti boleh buat, tapi dah nasib asyik sampai malam, jadi tak sempat le nak buat aktiviti-aktiviti yg gempak-gempak ni.. Selalunye we all datang sini biler daddy ada business meeting dgn Fauzi.. Klu diorang tak sempat nak jumpa kat KL, then klu urgent sangat, then kitorang pun ikut le daddy sekali, tumpang le kan ? Daddy meeting, mummy and the kids berjimba *ahaks* yang we all sempat buat is have dinner.. And that actually benda yang paling best kat sini. MAKAN :)
Ok, kepada mereka-mereka yang tak terlalu adventurous esp. bab makan, then susah sikit.. Sebab kat sini menunya mostly exotic.. Bukan le nak kata tak de langsung makanan yang biasa.. Ada, tapi kurang.. Tu yang membuatkan Serama Park ni unik, sebab menu dorang tu macam pelik-pelik.. Contoh kopi susu kuda... Haaaa... Tak cuak ke nak kena minum susu kuda. Cikgu tak tau pun kuda ni bersusu, apatah lagi, boleh diminum lak tu. According to kak fauziah, susu kuda is very nutritious, lebih berkhasiat dari susu lembu *hmmm, ye ke?* (sambil garu bawah dagu)
Terbaru, biler kami singgah di sini.. ada Taman Arnab lak.. bukan main seronok lagi si Mika and Meisha main arnab ni.. sambil menunggu daddy berdiskusi dgn Fauzi, cikgu pun bawak anak masuk taman arnab ni. Bayaran yang dikenakan adalah RM2 seorang.. and dapat makanan free ala-ala daun kering gitu untuk kasi kat arnab.. untuk arnab tau, jangan uols gi makan lak daun kering tu *ahaks* :) No time limit, so boleh duk kat dalam ni, sampai esok pagi atau sampai arnab tu boring tengok manusia-manusia yang tak pernah tengok dorang ni :)
Menu istimewa kat sini adalah seperti sup merpati herba, daging burung unta, ayam mutiara.. ha tengok betapa eksotik nye menu dia tu.. tu baru sikit.. Tapi makanan kat sini yang paling cikgu suka adalah Tomyam and Butter Prawn. Terbaek giler, baq hang!! Rasa tomyam yang sangat authentic, pekat, likat, masam, pedas and manis secukup rasa.. Butter prawn pulak, dimasak dengan melted butter, sehingga menjilat jari and sehingga terbayang-bayang sampai balik KL.. tak tipu punya.. Meisha and mummy were like "best nye butter prawn tu kan? why did we order just one plate kan?" Serious giler, sedap!! Dan banyak le lagi makanan-makanan yang exotic yang cikgu tak berapa nak adventurous and berani nak cuba.. Ketua chef adalah salah seorang juri jemputan dalam program Masterchef Malaysia, Chef Kadir Razak. So, kita boleh rest-assured yang makanan kat sini memang yang terbaek dari ladang :)
Anyway, boleh tengok kat sini gambar ye.. dorang bukak untuk lunch from 12-3 pm, then tutup sekejap, pastu bukak balik pukul 6 ptg - 11 mlm... Boleh telefon
06 5533957 (office) 012 3760976 (Fauziah)
untuk sebarang pertanyaan
|
Main restaurant |
|
Meisha and Mika bergambar dalam gelap |
|
Hi Ayam! |
|
Mika sedang berani-berani takut main dengan arnab |
|
Arnab dah kekeyangan, sombong giler hokay, langsung tak nak makan dah.. ramai sangat yang kasi dorang makan.. |
|
Meisha si Gembala Arnab. Too stylish to be a gembala arnab le mummy rasa :) |
|
Inilah dia Kopi Susu Kuda.. cuak giler nak minum ni... |
|
Arca / Ukiran kuda yang dipamerkan .. peminat seni mesti terpegun nye.. |
|
Yummeh!! |
|
Mini zoo depan toilet.. |
|
Main dining area |
|
ATV untuk mereka-mreka yang berjiwa adventurous |
----------------------------------------------------------