3

Biler balik Kuantan... Part 2 - Makan Goreng-gorengan di Warong Mak Su dan Pak Su

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Thursday 11 April 2013 22:42 in , ,



*Amaran: kepada sapa2 yang sangat le health conscious dgn lemak, minyak, cholesterol dan yang sewaktu dengannya, sila skip entry ni ye.. :)

Okay, aktiviti wajib nombor 2 biler cikgu balik Kuantan , adalah pergi makan goreng-gorengan di Warong Mak Su dan Pak Su. Perlu diberitahu, Pak Su dan Mak Su ini tidak ada kaitan persaudaraan  langsung dgn cikgu *ahaks*, bukan le nak kata dia ni adik bongsu arwah mak or arwah ayah, tapi kedai dia memang nama Kedai Mak Su dan Pak Su - sebab tuan punye kedai tu orang panggil Pak Su, or kalau bahasa Ganu kite, Pok Su eheheheh tapi kalau dorang nak mengaku sedara pun, cikgu okay je.. sebab boleh makan free sokmo *mode tak malu punye orang* :p

Anyway, kedai ni kat area Tanjung Lumpur. For directions, dari Kuantan, cari arah ke Tanjung Lumpur. Naik jambatan merentasi Sungai Kuantan, terus lagi, sampai nampak Balai Polis di sebelah kiri.. Boleh belok terus masuk balai polis parking kat tu .. eh bukan suruh masuk balai polis *simpang*, belok masuk jalan ke Balai Polis tu, sebab parking untuk ke kedai Mak Su dan Pak Su tu, kat situ le.. ataupun ramai orang suka je parking tepi jalan.. agak bahaya sikit le, sebab kereta laju-laju dan bahu jalan nye pun sempit. Kang tak pasal-pasal, memang ke balai polis le sebab accident ke apa ke.. so beringat sebelum kena *pesanan dari pihak penaja tak berbayar ni*

Kedai ni kalau tengok dari luar, memang buruk giler hokay!! Cam nak runtuh, standard kalau kena tiup dengan angin kencang sikit, or kena gempa bumi pada skala Richter 2, tu boleh menyembah bumi le ... hehehe.. Tapi don't judge a book by it's cover kan? Kedai ni, kalau waktu minum petang, siap kena beratur nak masuk.. siap berebut tempat duduk.. semua dah macam mafia.. asal ada je orang bangun, semua serbu, dah tak de langsung sopan santun, janji dapat duduk, wa cakap lu..

Tengok kedai ni, betul tak wa cakap cam nak runtuh and ala tak serupa kedai ??

Okay, menu apa yang best? Semestinye goreng-gorengan seperti keropok lekor, sata, ikan celup tepung, udang celup tepung, kuih muih traditional, cekodok pisang, aneka bubur dan pelbagai lagi le .. (sambil menaip ni, sambil tu le cikgu kecur air liur teringat kan udang goreng celup tepung tu, yummeh! )  .. Dan yang paling penting, servis cepat dan murah banget gitu!! Mana nak dapat, udang celup tepung besar-besar dalam 5-6 ekor, baru harga RM2.00 or RM3.00?? Kalau kat KL ni, dapat kulit udang salut tepung je le... kat sini, makan mewah.. kadang-kadang punye le tamak.. penuh satu meja, sampai tak larat nak makan.. hehehe.. tapi tak apa, yang tak habis, boleh tapau.. no problemo.. So, malas nak tulis panjang, sila le meleleh air liur tengok gambar-gambar makanan ni.. :)

Murah giler makanan kat sini!!
Udang Tepung ni, gemuk-gemuk dan gebu-gebu baru RM3 ye, murah banget !




Sebahagian dari food selection yang sempat diambil gambar.. 



Meisha yang camera-shy tiba-tiba.. 
---------------------------------------------------------------



3 Comments

madi ketereh says:

cikgu, kat sini memang mabeles... sotong goreng, kepok lekor and specialty sata (bukan hardisk eh).
Beringat2 bila parking, pilih desgnated parking bay. Kalau parking tepi jalan bukan sahaja bahaya tapi boleh kena saman. Ada signage kan cikgu pasal parking nih..


Kat sini mmg mabeles kan?. Sotong, udang, and ikan semua segar bugar sebab dorang beli from the fishermen on the day.. Sata, cikgu rasa sekat tepi jalan Batu Hitam on the way to Sg Karang lagi best.. Parking mmg kena kat designated area, klu tak mmg kena saman, klu kena hari nasib malang.. Rindu nak balik Kuantan... Waaaaaaaa....


Tau tak tutup pukul brapa warung ni?

Copyright © 2009 Blog Cikgu Maz - Cerita-ceriti Cikgu Maz All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.