0

Biler di Pulau Redang: Part 2: From KL to KT with love

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Thursday 18 September 2014 21:29 in , , , , , , ,

Muka-muka excited, tak sabar nak ke Ganu kite... model topi and sunglasses H&M :)

Okay.. so perjalanan ke Kuala Terengganu dari KL dalam lingkungan 6-7 jam, depending on traffic.. Kadang-kadang, cikgu stopover kat Kuantan semalaman, melawat kawasan jap (fyi: cikgu berasal dari Kuantan ye :) ) Tapi biasanye, terus je drive ke KT.. sambil berhenti-henti kat beberapa stop untuk berehat, makan mostly.. I love driving to Terengganu, especially via the coastal road .. jalanraya tepi laut almost sepanjang-panjang perjalanan dari Kuantan ke KT.. sampai drive, sambil tengok air laut yang membiru, tengok gerai-gerai buah, gerai keropok lekor kat tepi jalan, sambil layan denguran laki gua dan anak-anak gua dalam kereta yang biasanya dah tertidur kepenatan hihihihi..


And biasanye we all akan singgah makan ikang celup tepung kat Pantai Kelulut, Terengganu untuk isi perut.. sapa-sapa yang tak pernah berhenti kat gerai-gerai tepi jalan kat Pantai Kelulut ni, cikgu nasihatkan the next trip uolls ke KT, sila la berhenti. Wa cakap lu, dia punya sotong celup tepung memang terbaek baq hang!! Serious tak tipu, rangup, fresh tapi cair di mulut bila kita makan.. serious giler babas sedap sehhh.. ni pun dah kecur air liur cikgu menaip ayat-ayat ni sebab terbayangkan kelazatan sotong celup tepung yang we all makan kat sini.. ikang, udang dan lain-lain pun sedap jugak.. tapi sebab cikgu tak suka sangat makan ikan, so maleh nak kasi review.. nasi goreng kampung dia pun sedap weh!! Mungkin jugak masa hari tu kitorang ni kebuluran kan sebab semuanye macam sedap giler.. tapi tak dapat dinafikan memang sotong celup tepung dia memang terbaik, sampai masih lagi terbayang-bayang sampai ke hari ni... Rupa kedai nye memang agak azab le.. tapi don't judge a kedai by its condition kan?  Sebab makanan dia memang terbaik!

Kalau bab bergambar, and berposing, kasi la kat budak 2 ekor ni... sambil tunggu makanan, sempat lagi..

Inilah dia sotong celup tepung yang terbaek di universe! Sungguh crispy, rangup dan cair di mulut. Sekali makan, sampai la ni terkenang-kenang baq hang!

Meisha menikmati ABC, adik dah buat muka boring...

Dalam gambar ni.. ikan celup tepung baru sampai.. fresh dari laut, baru naik dari bot katanye...
Selepas makan-makan di Pantai Kelulut.. perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu..  we stayed the night at Primula Beach Resort.. kenapa? Sebab dekat dengan Jetty Syahbandar..sebab bot pukul 9.30 pagi dah bertolak .. so kena bangun awal, check out awal.. and hotel dengan jetty hanyalah 5 minutes drive sahaja... Hotel ni tak ada le best sangat.. sebab macam dah lama gitu.. tapi sebab nak tumpang tidur je kan.. so apa-apa la labu.. boleh le...

0

Biler di Pulau Redang: Part 1: Cuti-cuti Pulau Redang.. atau Redang Island la kata omputih...

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Thursday 11 September 2014 11:37 in , , , , ,

Look at the view, marvelous! Boleh lawan view kat Maldives you :)

Family photo kat depan Resort yang menjadi rumah tumpangan kami selamat 4 hari 3 malam... best banget resort ni tau! 

Dah lama tak update blog.. seperti biasa, busy dengan benda ntah apa-apa.. Kadang-kadang masa tu ada, tapi tak de mood lak nak menaip, nak carik gambar... and kebetulan sebelum ni sibuk dengan projek database dengan client. Now ni, dah relaks sikit, boleh le mula nak menulis balik.. kang best kalau ada orang tukang taipkan entri-entri kat blog ni.. hahahahha memang terbaek la kan kalau ada secretary macam tu ? Lagi best, kalau khidmat secretary tu FOC, bayaran nye dengan cupcakes sedozen ke, or brownies setalam ke... giler bahagia bak hang! :)

Anyway, Cikgu nak blogkan pasal percutian family we all ke Pulau Redang pada musim cuti sekolah bulan June yang lalu.. again, seperti biasa, dah nak masuk cuti sekolah lagi satu, dah lepas ke Singapore masa raya lagi baru ni, tapi baru le terhegeh-hegeh nak update.. ni pun, sementara nak tunggu anak cikgu, si Meisha tu habis UPSR kat sekolah.. and nak menghilangkan rasa stress dan nervous yang amat di jiwa seorang ibu yang sangat mengharapkan anak nye berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.. sob sob... chewah..drama la pulak kan??? Hahahah .. tapi seriously uolls.. cikgu memang kecut perut dan nervous giler babas ni.. semoga Allah permudahkan Meisha dan memberi idea-idea yang bernas untuk menjawab soalan, dan memberi Meisha kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR dengan mendapat 5A.. aamiinnnn.....

Alright, back to Pulau Redang.. untuk pengetahuan semua, sebenarnya for the past 3 years, memang setiap kali cuti sekolah bulan June, kami sekeluarga akan ke Terengganu.. the whole family loves snorkelling!!Jadi, setiap kali cuti tengah tahun, kami akan drive all the way to Terengganu, pastu naik bot ke , tongkang ke , feri ke dan yang sewaktu dengannye untuk ke pulau-pulau yang ada kat Terengganu ni.. Tahun pertama, kami ke Pulau Redang, tahun kedua kami ke Pulau Lang Tengah, dan tahun ketiga, iaitu tahun ini, kami ke Pulau Redang semula .. Kenapa pegi masa cuti tengah tahun? Sebab masa cuti hujung tahun dan cuti bulan March, resort mostly tutup sebab musim tengkujuh daaaa...  Lagipun, sebenarnya sedara mara cikgu pun ramai je kat Terengganu ni, sebab arwah mak adalah orang Ganu kite.. Na na na na na ganu kite.... bab kata Salim Iklim :) interframe lagu jap hehehhe .. dan masa nilah cikgu boleh borong and beli stok batik sutera yang cun melecun dan yang lebih penting, murah giler dari kat KL ni ..

So anyway, biasanye cuti ke pulau-pulau ni, we all bercuti dalam 5 hari.. 1 malam di Kuala Terengganu (utk tidur lepas penat aje, sebab bot biasanye the very the early morning the next day), dan we all duduk kat pulau dalam 4 hari 3 malam .. kalau duduk 3 hari 2 malam je kat pulau rasa tak berbaloi penat drive 7 jam, sampai kematu bontot gue dari KL ke KT .. dah le cikgu yang mostly jadi driver kat bapak dan budak-budak ni.. hisshh.. penat you, 7 jam kena concentrate.. tapi sangat le berbaloi biler dah sampai ke pulau dan tengok air laut warna biru firus gitu, angin sepoi-sepoi bahasa,, brader-brader beach boy yg tough lagi macho dengan six packs bagai ahem ahem.. jangan mare ye sayang ... hahhahahaha .

Okay jap lagi cikgu tulis part 2 pulak.. nak baca yassin utk anak nak periksa ni... tunggguuuuuuuuuuu






0

Resepi Chocolate Lava Cake

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Friday 20 June 2014 17:34 in , , ,
*warning dan disclaimer : sapa-sapa yang ada kencing manis ke, or kencing ala-ala terlebih gula ke, dinasihatkan untuk tidak mencuba resepi ini. Cikgu tidak akan bertanggungjawab di atas bacaan terbaru kencing manis anda .. errr... boleh gitew? :)

Okay.. entri ni cikgu buat sebab ramai sangat request resepi Chocolate Lava Cake (CLC - shortform sebab penat jari mungkil ku nak taip berulang kali hehhehe) .. ceritanye bermula macam ni.. di satu petang yang dingin, anak cikgu si Meisha Nurallyssa, teringin nak makan dessert yang sedap-sedap (translation: saje je nak menyusahkan mummy dia,macam biasa daaaaa).. pastu request pulak Chocolate Lava Cake.. ala-ala chocolate cake yang ada chocolate melting kat tengah tu kan... pergghhhh!! tak boleh tahan tau budak ni dengan request dia yang dah sama level dengan request Puteri Gunung Ledang tu... dah lah mummy tengah bersilat dengan database TNB sebab ada presentation the next day... Tapi knowing my daughter, she won't take NO for an answer. Kalau kita cakap NO, dia akan cakap, NO balik kat kita.. no sebab dia tak terima kita punya NO yang pertama tu.. eh, paham tak ni hahahhaha? Confuse mak! Panjang dah la pulak cikgu ni berceloteh ni.. anyway to cut the very long story a little bit short.. mummy cakap kat dia, ok boleh, tapi dia kena buat sama2 dengan mummy dia... and she agreed to do it. Kebetulan bahan2 semuanya ada dah kat rumah, so senang le sikit cerita ... This is me as a mom... walaupun sibuk giler baban dengan rambut cam tarzan, and tangan kat laptop bergelumang dengan data structure, query design, report design, database design, tapi tak sampai hati nak hampakan permintaan anak-anak.. sob sob gitew... drama queen interframe jap hahahhaa... So biler dah siap.. cikgu pun upload le gambor ke FB.. eh tiba2 ramai lak yang interested nak kan resepi sebab tengok gambar CLC yang sangat over seksi and mengancam gitu.. so itu pasal le cikgu tulis entry ni..senang uolls nak buat rujukan nanti :)

Anyway, kalau kita google gambar Chocolate Lava Cake.. gambar dia ala-ala macam ni la... sangat yummilicious kan?? Dengan chocolate yang meleleh kat tengah, ala-ala lava gunung berapi tu kan.. sangat awesome and sangat menggemukkan badan cake ni tau.. jahat sangat! Cake ni kalau makan kat kedai cam Delicious ke, Ben's ke or Din's ke or Tok Cah's ke.. mesti paling kurang RM15 seketul kecik camtu... padahal tak susah pun nak buat... cuma kena ada beberapa bahan yg basic and Vitamin R aje dah cukup.. Vitamin R tu apa? Vitamin R tu Vitamin Rajin, tak boleh beli kat kedai ye puan-puan semua.. hhahahha ahaks! :p

Gambar yang kat bawah tu, gambar hasil dari resepi yang akan cikgu tulis kat bawah.. senang jek.. buat je dalam mug atau cawan minum air teh tu.. okay jek.. rasa sedap and awesome gak..so really no excuse hoccay? Cuba tengok kegebuan, dan kemelelehan coklat dalam mug tu?? Seksi kan?? Sangat seh!! :)

Versi kedai mahal 

Versi buat sendiri kat rumah... lebih seksi, lebih pekat, lebih leleh... Chocalate Lava Cake Cap Ikan Puyu .. hahhahaha :)


Alright ini resepi dan cara2 nak buat CLC ni... bahan2 nye ada 6 aje.. i told you it's easy peasy lemon squeezy :) . 

Bahan-bahan nya:

Bahan A
150g gula kastor
50 g butter

Bahan B
350 g chocolate chips

Bahan C
4 biji telur
1 teaspoon vanilla
50g tepung gandum

Method:

1. Panaskan oven to 200C. Greasekan 6 biji cawan ataun 12 biji ramekin dish or any small dishes. Kadang2 cikgu guna tart cases yang aluminium tu .. kalau nak buat kecik2, guna muffin cases or cupcake cases pun okay jugak...
2. Cairkan Bahan B dalam microwave . Normally cikgu letak on high for 1 min first.. pastu kacau chocolate tu .. kalau ada yang tak habis melt lagi.. boleh tambah lagi 15 or 30 seconds.. Kacau dan biarkan chocolate cair tu sejuk..
2. Pukul Bahan A hingga creamy di dalam mixer
3. Masukkan Bahan C - mulakan dengan telur satu per satu.. . keep mixing until semua dah mix.. Then masukkan Vanilla dan last sekali tepung
4. Kemudian, masukkan chocolate cair yang telah sejuk tadi ke dalam campuran bahan yang dimixerkan tadi... kacau / mix lagi hingga sebati.
5.  Then, tuangkan ke dalam acuan yang telah digrease kan tadi - max 3/4 dari ukuran acuan .. jangan letak terlalu banyak.. sebab dessert ni sangat rich, nanti akan jadi muak
6. Masukkan dlm oven.. Bakar dlm 12 hingga ke 15 minit depending on your oven. Kalau nak cake tu lebih keras keseluruhannya, then maybe boleh tambah time ke 18 minit..
7. Keluarkan dari oven, boleh ngap terus macam tu je, or boleh hidangkan dengan vanilla ice cream. Gerenti lebih terangkat!!

Sangat senang methodnye kan uolls?? Actually, boleh buat awal dan simpan batter dlm peti sejuk, pastu keluarkan bila perlu , and baru masuk dlm acuan and bakar.

Sapa-sapa yang dah cuba, boleh email gambar kat cikgu ye or kasi review sikit . Jadi ke idak resepi nye :)

Ni gambar cikgu and kawan cikgu, Datin Ros aka Kak Ros - belajar macam mana nak buat CLC ni... dari mula sampai le siap.. senang je uolllss.. sap sap soy jek.. pastu dah boleh ngap. Kalau tak caya, cuba tanya Kak Ros ni haa.. hahhahahah :) Sebab dia dah buatkan Nasi Dagang terbaek dari ladang untuk cikgu ngap masa lunch, so inilah balasannya dari cikgu to Kak Ros - orang berbudi kita berbahasa, orang masakkan nasi dagang, kita bakar Chocolate Lava Cake. Aummmm, pantun empat kerat yang awesome!! :)


Chef import dari Turkistan mari... ahaks! :)

Datin Ros aka Datin Masterchef Wannabe sedang kusyuk tuangkan chocolate dlm acuan..

Eh, dah back to her chirpy self.. hahahha

Dah ready pun...

Ketukkan untuk mereveallkan kelelehan nye.. eh, macam lain macam je bunyi ayat cikgu ni.. hmmmm

Ko hado??? Hahahahaha jangan marah ye kak ros. Sayang kak ros ketat2 .. muahhhh 



Selamat mencuba uolls :)

1

Lama nye tak update blog......

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on 16:42 in
Lama sungguh tak update blog.. busy dan malas sebenarnya.. dari entry blog ke Phuket.. dah cikgu siap travel ke Pulau Lang Tengah, then to Hong Kong, then to Krabi, pastu ke Hard Rock Hotel Penang.. and last week baru je balik dari Pulau Redang.. fuhhhhh banyaknya entry tertunggak!!!

Anyway, I will update sikit2 mana yang sempat.. cikgu sangat la busy being busy.. busy dengan apa pun entah la nok!...

Dimulakan dengan entri pasal resepi Chocolate Lava Cake yang mendapat request begitu banyak setelah cikgu post beberapa keping gambar pasal dessert ni kat FB.. mohon jeles katanye .. ahaks!


Copyright © 2009 Blog Cikgu Maz - Cerita-ceriti Cikgu Maz All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.