0

Biler di Melaka ... jom ke Equatorial Hotel, Malacca

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Thursday 11 April 2013 23:15 in , , ,
Minggu lepas cikgu ke Melaka for an old friend's wedding... So, disebabkan wedding dia hari Ahad, we all pun ambil kesempatan bawak budak-budak bercuti le sehari dua di Melaka. Sejarah cikgu di Melaka ni dah lama.. Dulu masa zaman sekolah, lepas SRP, dapat pergi ke MRSM Kem Terendak, di Sg Udang, Melaka.. dok situ 2 tahun, dalam kem askar.. Masa tu, bandar Melaka ni kira cam langsung tak happening.. .. padang ygn kat depan Mahkota Parade tu, dulu memang padang semata... sekarang ni dah ada Dataran Pahlawan.. zaman cikgu dulu, ada kereta lembu je.. siap penuh dgn sisa-sisa buangan lembu-lembu tu lagik... heheheh Kat padang ni le, cikgu dan kengkawan bersenam aerobik pada hari Ahad sempena kempen rakyat sihat ke apa ke entah ( i mean, masa bersenam tu, obviously lembu-lembu tak de kat situ le.. kalu tak, either lembu tu join kitorang aerobik, or kitorang tak sempat aerobik sebab sibuk kena kejar dek lembu tu kan? Tak ke haru tu??) Lepas balik dari overseas habis buat degree, kerja lak kat Universiti Multmedia (MMU) kat Bukit Beruang tu, 2 tahun kat situ.. so masa ni, Melaka dah canggih sikit le.. Mahkota Parade pun dah bukak..

Tapi fast forward about 10 years later, first time cikgu pergi balik ke Melaka was 2 years ago. Terkejut beruk (beruk pun tak terkejut macam cikgu) tengok bandar Melaka. I mean, it was SOOO different, totally different that what I remember the last time. But in a good way. I was rather impressed le pulak dengan tourist attractions yang ada.. Menara Taming Sari contohnye, Dataran Pahlawan, Jonker Walk, River Cruise etc etc etc..  Macam best pulak pergi Melaka ni kan?

So anyway, dah several time jugak le ke Malacca ni.. terbaru, pegi lagi minggu lepas.. So, biler pergi Melaka, we all suka melepak kat Hotel Equatorial  - sebab central to everything..mmg mahal sikit, tapi convenient..  nak makan senang, nak gi jengjalan A Famosa pun senang - park kereta kat hotel, pastu boleh je jengjalan.. nak carik parking kat bandar Melaka punye le susah, so kalau dah kereta boleh masuk parking hotel, dan free lagi.. so selesai satu masalah besar... Bilik pun best, staff kat situ pun sangat friendly dan yang paling penting, dekat nak pergi makan ikan bakar kat Medan Ikan Bakar kat Sungai Duyong.. cikgu dan husband tak suka ke Umbai.. sebab 1) jauh banget  dan 2) agak kotor sikit kat situ, tak selera nak makan..

Anyway, ada satu kejadian yang tak dapat dilupakan dan membuat kan cikgu sangat le cuak nye masa hari nak check out.. Lepas dah check out, dan cikgu pun dah bergaya sakan dengan kebaya nyonya dan kain batik lepas ,* gaya datin nak gi wedding kan*, kereta pun dah keluar parking dan meninggalkan hotel dalam 1 km, tiba-tiba cikgu pun menjerit "Oh my god, I left my diamond ring!!!! Darling, cepat pusing balik" Masa tu memang cuak giler hokay??? Sebab 1) diamond ring tu daddy kasi for my birthday last year 2) Super mahal and super cantik wa cakap lu, and dah lama menjadi idaman sebab ala-ala batu diamond yg agak besar le kan, dekat 5 figure nye harga *mode riak ni, minta maaf ye, ahaks*, but seriously, cuak giler dah masa ni.. Teringat yang masa nak makeup tadi, cikgu tanggalkan cincin tu kat dalam bilik air.. So daddy dengan muka yang nak marah, tapi tak nak menunjukkan kemarahan atau kepanikan nye, dengan calm nye suruh cikgu telefon hotel dan bagitau dorang.. So, tergesa-gesa le telefon hotel , cakap dengan reception, pastu dengan housekeeping,  bagitau yang tertinggal cincin kat bilik 1531, please send someone to look for it, I akan datang ambil sekejap lagi and please please call me back. About 1 minute after that, the hotel telefon balik and cakap dorang dah jumpa cincin tu and dorang simpan and ada kat lobby. FUhhhhhhh!!! Lega nye, tuhan aje yang tau, tak putus-putus mengucap alhamdulillah.. (and lega sebab tak kena marah dengan daddy, sebab bini dia ni selalu je hilangkan or tertinggal barang.. sapa-sapa yang kenal cikgu pun tau cikgu ni suka tertinggal and hilangkan barang). So, biler sampai ke lobby, dorang terus kasi cincin tu, and I was soooooo grateful to everyone. THANK YOU for being honest and for returning my ring.. :))))))

Okay, back to cerita makan. Oh ye, lagi satu yang best makan kat Melaka ni, yang ramai orang tak tau ialah kat Serama Park, dekat Ayer Keroh, arah ke Durian Tunggal.. Serama Park ni belongs to salah sorang Daddy nye business partner, Fauzi.. so kalau we all turun Melaka, Fauzi ni mesti le suruh we all datang..

ok, nanti update lagi..hari dah malam, nanti wa sambung pasal Serama Park ni.. ngantuk dah ni.. *yawnnnnn* sambil menguap besar-besar dan mengeliat macam kucing seksi dan gatal *miaoww* :p

Ultraman Mika beraksi!


Mika yang dah kesejukkan


Swimming pool at EQ Hotel


Me, my foot and myself ...


Bergambar dulu sebelum makan..


Ikan tiga rasa, ikan sweet sour, sotong goreng tepung, ketam masak sambal, and sayur campur + nasi lemak


Daddy and Meisha sedang menikmati hidangan yang sangat best!!
------------------------------------------------------------------------------------------------------


0 Comments

Copyright © 2009 Blog Cikgu Maz - Cerita-ceriti Cikgu Maz All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.