0

Tanjong Jara Resort, Dungun, Terengganu - Part 3 (Restoran Nelayan, Hotel Ground)

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Friday, 14 September 2018 12:33 in , , , , , , ,
Kepada korang yang nak datang ke TJR, korang boleh check harga dia kat website dorang or Agoda and the like . TJR ni is part of YTL Luxury Hotel, so toksah la nak harap harga runtuh ala AirEsah dengan motto Everyone can Fly tu ye.. nan hado macam tu kat sini. Kat sini, ‘Not Everyone Can Stay Here” gitew.... But, satu tip untuk uolss, YTL Hotels ni dorang ada satu pakej nama dia Residents Package untuk Malaysians. Meaning, harga pakej ni lebih murah daripada yang ditawarkan kepada tourists luar. Plus, Residents Package ni normally dorang tak advertise kat website Agoda,Booking.com semua. Kena pi sendiri website hotel tu, macam TJR and check kat situ and kena book direct from the hotel. 



Kolam ikan kat tepi lobby
Hello people!

Toilet pun cantik!! Rasa cam nak tidur kat sini jek :p

Landscape yang sangat cantik and hijau...

 Residents Package ni for Cikgu amat berbaloi sebab all in - bilik, makan pagi, lunch and dinner and macam-macam lagi. Kenapa nak kena makan kat dalam ni? Sebab hotel ni jauh tersorok ke ceruk mana ntah. Tak de kedai makan yang dekat or best pun around this area. _Plus makanan kat dalam resort ni best giler especially dinner time dia. Serious tak tipu! Nanti Cikgu akan cerita pasal keistimewaan dinner time kat sini. Besides, kalau nak order McDelivery lagi la hampeh, memang nan hado. This applies to most of YTL Hotels ye.. but then again, sebab duk kat dalam resort ni cam best giler pun, nak keluar pun malas baq hang. Plus, food dia memang the best, especially dinner! Nanti Cikgu akan cerita keistimewaan dinner kat sini yang super duper awesome.  At the moment, kalau korang nengok kat website TJR ni, Resident Package starts from RM890++ / room per night. Masa we all pergi last time, it was almost RM1K++ per night, sebab kebetulan musim raya. So ATM Bergerak Mr Darling terpaksa la bayar lebih untuk bini dan anak-anak tersayang (thanks darling! *cue muka kucing gatal, mengiau and mengeliat cam baru bangun tidur* )So, again, korang jangan la terkejut beruk nengok harga dia.. Kalau nak rate hotel budget, blog Cikgu ni memang salah port la... *wink* But kalau korang rasa, “eh best la hotel ni.. insya allah, satu hari nanti, kalau ada rezeki lebih, aku nak datang dok sini bawak family aku” , then teruskan membaca ye. Always good to aspire to do better and be better and wanting the best for yourself and loved ones *pastu jerit and tepuk kuat-kuat ala IMKK Dr Azizan* hahahahah


Pak cik Google cakap, at this time, Residents Package is around RM857++ per room / night. Korang jangan menyumpah lak nengok harga dia ni heheheh
Aktiviti yang korang boleh buat kat sini




Pathway to the rooms

Oh lagi satu, kalau ada anak-anak, or bini lebih ke, sila la declare ye biler ambik Resident Package ni. Jangan harap korang nak main sumbat-sumbat and sorok daripada dorang. Sebab korang tak leh sumbat anak-anak and bini extra ko dalam bilik cam hotel biasa. Dorang tak benarkan especially sebab food semua included in the package. Plus, some bilik tak boleh ada kids especially bilik di tingkat atas, sebab lantai bilik dia kayu and bising biler banyak movements (ye la kan, kang anak ko main kejar-kejar dalam bilik, bini-bini ko wrestling atas katil, atas lantai, kan bising tu?) , and only bilik di ground floor aje yang dorang allow family to stay. In our case, for Meisha and Mika, dorang charge extra RM200++ per person per night lagi untuk food and beverages tu. So, total lagi extra RM400++ per night baq hang! Itupun dorang tak charge untuk harga bilik yang lebih besar sebab complimentary upgrade katanye... But then again, duit banyak-banyak pun, kalau tak spend untuk buat anak bini happy, so apa gunanye kan? Bukan boleh bawak mati pun. Betul tak Darling? Chewah!! *malam ni kena gosok Mr Darling lebih sikit*.


Salah satu chalet kat sini.. bilik kat atas tu, budak-budak tak dibenarkan stay ye, sebab lantai kayu. Nanti anak ko main kejar-kejar dalam bilik, habis mengamuk orang kat bawah rumah.

Hijau and biru and putih.. bliss

And after semua dah settled kat lobby and dapat kunci bilik, I noticed dorang akan assigned sorang staff dorang for each room. So staff ni la (tak ingat dah nama dia) yang akan ikut kita ke bilik, show us around the area, jawab soalan apa-apa yang korang ada, and macam-macam lagi. Personalised service gitu, which I totally love!! TJR ni ground area dia memang cantik. Landscape yang super duper awesome, well maintained and well trimmed. Memang tak ramai orang kat resort ni (ye la, resort untuk orang have-have kan, ahem, memang la tak ramai orang hahahah), masa jalan ke bilik and tengok surrounding area, Cikgu tak jumpa sekor makhluk pun. Kitorang jek kat situ yang excited tanya macam-macam soalan kat staff dorang yang dah diassigned to our family. Guests lain agaknye tengah tidur ke apa ke ntah la..


Family photo with Mr Cupcake Man :p

Disebabkan kitorang awal, bilik pun tak ready lagi.. So we all, di bawa ke salah satu restaurant untuk makan lunch. Memang perut dah lapar pun.. so kira rezeki la tu.. Sambil jengjalan ke restaurant kat hujung dunia,sambil melihat keindahahan alam kat sini.. Makan tengahari we all pun termasuk dalam pakej ye.. Restoran yang kitorang pergi lunch nama dia Nelayan, ala Fisherman la kata orang putih kikikiki.. Restoran ni kat hujung resort ni, dekat dengan swimming pool. Awesome la view kat sini. Cuma kalau korang duk kat area luar restoran, panas lit lit baq hang! Ada menu buffet and ada menu ala carte. So, sebab baru jek habis rayakan, tekak cam nak makan western (mengada la sangat) .. so we all order western food aje untuk isi perut, sambil duduk-duduk santai ditemani dengan angin laut sepoi-sepoi tak reti bahasa.




Swimming pool yang awesome. Restoran Nelayan is the one on the right, atap warna terracota tu



Camwhoring jap sebelum makanan sampai.. thanks Mika layan Mummy yang giler posing ni.. saaaayaang Adik!

The view of the beach from the restaurant. Nangis!!

Dah puas makan kuah kacang, rendang bagai, makan burger and spaghetti la pulak. Orang puteh la sangat kan??






0 Comments

Copyright © 2009 Blog Cikgu Maz - Cerita-ceriti Cikgu Maz All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.