0

Tanjong Jara Resort - Part 6 - (Food oh Glorious Food)

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Monday 17 December 2018 14:49
For me, the best thing about our vacation at Tanjong Jara Resort was the food. Sumpah tak tipu! Duk 3 hari 2 malam, tapi badan naik 3 kilo kot. Satu hari satu kilo. Giler kentang stress mak cakap ko! Nasib baik la duk 3 hari jek, cer bayangkan kalau dok 10 hari ... gerenti jadi badak sumbu .. hahahaha

With Residents Package, makan daripada pagi sampai malam termasuk dalam pakej ye. So, tak yah la risau korang kelaparan ke, or nak pi tanya pakcik Google or pakcik WA-ZE kat mana “top 10 makan place in Dungun” what so ever. Korang hanya perlu menjelmakan diri di restoran-restoran yang ada di resort seperti yang diarahkan. Yang penting, datang dengan perut kosong dan senyuman manis....

Breakfast pada waktu pagi, for me adalah biasa saje.. food was ok. Cuma my complaint kat sana masa tu, Staff macam tak cukup untuk handle guests. Padahal bukannye ramai orang sangat pun macam hotel taraf no-bintang where everyone can stay. Ni hotel berbintang-bintang kot.  Ada certain food station tak de staff to entertain the guest. Makanan pun macam cepat habis especially makanan specialty orang ganu. Yang paling kepingan, cikgu tak dapat makan nasi dagang terengganu sebab dah habis (“aikkk, baru pukul 9 am kot”) ...  Tapi yang unik pasal morning breakfast ni adalah acara paluan kompang oleh anak-anak muda kampung. Ko tengah makan-makan dengan lahapnye, tetiba terdengar paluan kompang pak pum pak pum.. pastu ada satu group anak gadis and anak teruna pakai baju kurung and baju melayu, main kompang pak pum pak pum, lalu kat breakfast hall, pastu hilang kat bawah jambatan gitu... hmm... serious ko.. Macam tak sempat hadam, cikgu cam terpikir, dorang ni lalu kat breakfast hall ni sebab on the way nak pi main kompang kat majlis orang kawin kat kampung sebelah ke beb? Hahahahah.... anyway, agak unik la and terhibur la gak ...







Breakfast time. Nasi dagang Ganu!!


But what impressed me about the food at Tanjong Jara Resort ni adalah waktu makan malam or
dinner time la kata omputih. TJR is famous for their “The Walking Chef” dinner.. Apa maksud nye, The Walking Chef ni ialah, chef dorang akan jengjalan dari satu meja ke meja yang lain and recommendkan pada korang apa menu yang korang patut order . Biler korang duduk kat meja, waiter akan kasi menu for dinner. Korang boleh order seberapa banyak yang korang nak from this menu. Kalau rasa tamak nak order semua kat menu ni pun, no hal. Serious tak tipu! Tapi korang jangan la jadi jakun and kampung camtu kan? Dah order satu meja, kang tak habis makan semeja tu, jap lagi ada lak meja naik kat kepala korang hahahaha . So, berpada-pada la.. order jek yang mana patut. So, macam we all, our strategy was to order different food for each of the nights we were there, so that we can sort of rasa semua from the menu. Tapi memang semuanya sedap-sedap la wa cakap lu. Cuma, lepas dah order satu meja, korang kena ada tahap kesabaran level dewa la, sebab memang lambat giler nak dapat makanan. Sebab semuanya are made to order according to each table nye request, chances are masa menunggu makanan adalah dalam 45 minit to 1 jam gitu.. so sila la makan ringan2 dulu sebelum korang pi dinner. Kang ada lak yang tukar jadi hulk lak sebab lambat makan hahahahah. We love the black and pepper beef so much! And all the food semua sedap giler. Sumpah. Dessert lagik. Serious cam sampai nak termuntah makan. Nasib baik la naik 3 kilo jek..... hahahahuhuhu ......




Copyright © 2009 Blog Cikgu Maz - Cerita-ceriti Cikgu Maz All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.