0

Tanjong Jara Resort - Part 5 - (Pool & Beach)

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Wednesday 19 September 2018 13:00 in , , , , , , ,

Tg Jara Part 1
Tg Jara Part 3


Untuk entry ni, Cikgu nak cerita pasal swimming pool and pantai Tanjong Jara yang super duper best. Siap ada tutle conversation project lagi kat beach ni tau.. Baca sampai habis ye :) So, lepas dah letak barang semua kat dalam bilik, dah buang yang kecil and besar and perut semua dah best, Mr Darling ajak pergi pool untuk mandi manda katanye.. Okay la Darling, boleh jek .. mika pun macam tak sabar-sabar nak pi pool.

The swimming pool is located kat hujung resort ni, dekat dengan Restoran Nelayan yang we all pi lunch tu... pool yang agak selesa and besar and mengadap laut, ala-ala infiniti pool gitu. I am not a big fan of public pool (ewwww) .. so biasanye Cikgu jadi bodyguard and lifeguard untuk Mika aje la.. more like his personal tukang tunggu la .. nak buat macam mana, biler dah jadi ibu ni, automatically segala jenis pekerjaan jatuh kat kita, betul tak? Driver, maid, tukang cuci, tukang masak, tukang angkat bag, tukang kemas, tukang tunggu, tarzan, hantu raya dan lain-lain ahaks! But I am ok aje duk kat tepi pool, pakai sunglasses besar and topi besar, duk bawah payung sambil menikmati air buah tanpa alcohol sambil cuci mata sambil jadi lifeguard and baca buku etc.

Jom pi pool

Daddy dengan beach beg rotan, styloo giler! Ko hado?? Hahahaha ps: beg ni Resort punya tau, untuk guests bawak pi pool and pantai. Korang jangan bawak balik lak *mode garu kepala memikir berapa la bil hotel ni* ahaks


Bapak cooool darling bawak beg ni *love*
Mika seperti biasa, terjun pool and tak kisah kat sapa-sapa dah

Mummy seperti biasa, dengan hobi mummy... camwhoring.. and tak kisa kat sapa-sapa dah, ahaks!

tak ramai orang, I like!!

This is life!

Lagi satu yang best kat sini, adalah pantai dia. It is a private beach, so tak ramai orang kecuali hotel guests. Pantai pun bersih and luas. Ko nak mandi ke, nak buat adegan kuch kuch hota hei ke, memang sesuai sangat la jah! Ada hammock, ada pasir, ada air laut and siap ada kerusi meja untuk candle light dinner lagi!! Tak tipu weeiiiii..................



Tapi yang paling best for me, sebab ada turtle conversation project on this beach. So, Cikgu and anak-anak boleh la belajar something from this trip. Kat resort, dorang ada bagitau pukul berapa aktiviti berkaitan turtle conversation project ni akan dijalankan (pagi dan petang), so please do check because you wouldn't want to miss it. It's a great activity for the kids and mak ayah kids pun. We learnt loads pasal turtle ni, tapi macam dah lupa la pulak now ni. Otak dah berkarat kan? Ada lah pulak mat salleh and minah salleh yang jadi team leader for this project, Pasal asyik mat salleh and minah salleh ye? Kenapa bukan anak-anak muda kita? Tak minat ke pasal ni semua? *garu dagu*

Yang paling best, during one of the sessions dorang check telur penyu tu, we managed to witness satu kelahiran baru. Wooohoo!! Giler excited biler dorang korek-korek pasir, tetiba, bawak keluar anak penyu sekor baru menetas . Best ke best?? Mesti la best kan? Mika pun terlompat-lompat seronok nengok anak turtle tu, mummy toksah cerita la, lagi la over hahahaha *tutup muka dengan guni*


Mika asyik mengintai, nak tengok baby turtle katanye

Hello World!!

Pasal  mat and minah salleh je yang selalu interested buat kerja-kerja macam ni?
















0

Tanjong Jara Resort, Dungun Terengganu - Part 4 (Serambi Room)

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Tuesday 18 September 2018 14:55 in , , , , , , , ,

Tg Jara Part 1


The room is gorgeous!

Ok, cakap pasal bilik. I love the room the most. Large king bed, siap ada day bed lagi, bilik air besar dengan bath tub awesome macam boleh buat pesta buih baq hang ! Plus breathtaking view from our balcony. Kalau datang honeymoon ni, memang sah boleh buat baby *ahaks*. Tapi, dah ada 2 extra baggages ni, ko rasa?? kotnye kena doa kalau dapat tidur sebelah Abang pun dah bersyukur habis dah huhuhu...... So, sila layan gambar-gambar kat bawah ni.. ... cantik giler wa cakap lu... serious tak nak balik and tak nak keluar from the resort. Resort yang style ko tak perlu keluar, and dok makan, tidur, mandi pool and chillaxing sambil tengok pemandangan, tengok laut, tengok rumput, sememangnya pilihan hati tepat buat Mr Darling. Sebab, dia dah penat kerja carik duit pagi petang siang malam weekend public holiday dan sewaktu dengannya, so dia tak de masa nak layan holiday style pi rombongan Cik Kiah bagai..


For this holiday, Cikgu and family duduk di Serambi Room. Serambi Room ni di ground floor of a double storey unit. Macam yang Cikgu cerita in the previous entry, kalau datang dengan anak-anak, tak boleh duduk di tingkat atas ye. Disebabkan bangunan dibuat daripada kayu, jadinye kalau anak-anak ko main kejar-kejar kat tingkat atas ke, boleh bergema tahi telinga guests yang duk kat tingkat bawah. Another option untuk yang ada big family, adalah untuk ambik single storey unit yang fabulous yang mengadap laut. Tapi harga dia pun fabulous gak la ahaks!Serambi Room ni very spacious. Ada king size bed, ada day bed lagi, very large bathroom, siap double sink, bathtub and shower room. Pastu siap ada balcony untuk lepak-lepak nengok pemandangan and people watching. Semuanya daripada kayu and ala-ala bali style, which I love! 



Nombor bilik



King Size Bed Untuk Mummy and Daddy ... *wink*


And... Mika *nyampah*

Day bed - ni jadi port Meisha

Day bed yang mengadap katil King bed Mummy & Daddy .. this was Meisha's sanctuary. 

Wardrobe area


Bathroom area with his and hers sink

Bath tub kalau nak buat party buih ke ...



Toiletries supplies 
Shower Room





Balcony area

Tetiba dengar suara daddy "cepat cepat, daddy nak berak" .. hahahaha sabar aje la


0

Tanjong Jara Resort, Dungun, Terengganu - Part 3 (Restoran Nelayan, Hotel Ground)

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Friday 14 September 2018 12:33 in , , , , , , ,
Kepada korang yang nak datang ke TJR, korang boleh check harga dia kat website dorang or Agoda and the like . TJR ni is part of YTL Luxury Hotel, so toksah la nak harap harga runtuh ala AirEsah dengan motto Everyone can Fly tu ye.. nan hado macam tu kat sini. Kat sini, ‘Not Everyone Can Stay Here” gitew.... But, satu tip untuk uolss, YTL Hotels ni dorang ada satu pakej nama dia Residents Package untuk Malaysians. Meaning, harga pakej ni lebih murah daripada yang ditawarkan kepada tourists luar. Plus, Residents Package ni normally dorang tak advertise kat website Agoda,Booking.com semua. Kena pi sendiri website hotel tu, macam TJR and check kat situ and kena book direct from the hotel. 



Kolam ikan kat tepi lobby
Hello people!

Toilet pun cantik!! Rasa cam nak tidur kat sini jek :p

Landscape yang sangat cantik and hijau...

 Residents Package ni for Cikgu amat berbaloi sebab all in - bilik, makan pagi, lunch and dinner and macam-macam lagi. Kenapa nak kena makan kat dalam ni? Sebab hotel ni jauh tersorok ke ceruk mana ntah. Tak de kedai makan yang dekat or best pun around this area. _Plus makanan kat dalam resort ni best giler especially dinner time dia. Serious tak tipu! Nanti Cikgu akan cerita pasal keistimewaan dinner time kat sini. Besides, kalau nak order McDelivery lagi la hampeh, memang nan hado. This applies to most of YTL Hotels ye.. but then again, sebab duk kat dalam resort ni cam best giler pun, nak keluar pun malas baq hang. Plus, food dia memang the best, especially dinner! Nanti Cikgu akan cerita keistimewaan dinner kat sini yang super duper awesome.  At the moment, kalau korang nengok kat website TJR ni, Resident Package starts from RM890++ / room per night. Masa we all pergi last time, it was almost RM1K++ per night, sebab kebetulan musim raya. So ATM Bergerak Mr Darling terpaksa la bayar lebih untuk bini dan anak-anak tersayang (thanks darling! *cue muka kucing gatal, mengiau and mengeliat cam baru bangun tidur* )So, again, korang jangan la terkejut beruk nengok harga dia.. Kalau nak rate hotel budget, blog Cikgu ni memang salah port la... *wink* But kalau korang rasa, “eh best la hotel ni.. insya allah, satu hari nanti, kalau ada rezeki lebih, aku nak datang dok sini bawak family aku” , then teruskan membaca ye. Always good to aspire to do better and be better and wanting the best for yourself and loved ones *pastu jerit and tepuk kuat-kuat ala IMKK Dr Azizan* hahahahah


Pak cik Google cakap, at this time, Residents Package is around RM857++ per room / night. Korang jangan menyumpah lak nengok harga dia ni heheheh
Aktiviti yang korang boleh buat kat sini




Pathway to the rooms

Oh lagi satu, kalau ada anak-anak, or bini lebih ke, sila la declare ye biler ambik Resident Package ni. Jangan harap korang nak main sumbat-sumbat and sorok daripada dorang. Sebab korang tak leh sumbat anak-anak and bini extra ko dalam bilik cam hotel biasa. Dorang tak benarkan especially sebab food semua included in the package. Plus, some bilik tak boleh ada kids especially bilik di tingkat atas, sebab lantai bilik dia kayu and bising biler banyak movements (ye la kan, kang anak ko main kejar-kejar dalam bilik, bini-bini ko wrestling atas katil, atas lantai, kan bising tu?) , and only bilik di ground floor aje yang dorang allow family to stay. In our case, for Meisha and Mika, dorang charge extra RM200++ per person per night lagi untuk food and beverages tu. So, total lagi extra RM400++ per night baq hang! Itupun dorang tak charge untuk harga bilik yang lebih besar sebab complimentary upgrade katanye... But then again, duit banyak-banyak pun, kalau tak spend untuk buat anak bini happy, so apa gunanye kan? Bukan boleh bawak mati pun. Betul tak Darling? Chewah!! *malam ni kena gosok Mr Darling lebih sikit*.


Salah satu chalet kat sini.. bilik kat atas tu, budak-budak tak dibenarkan stay ye, sebab lantai kayu. Nanti anak ko main kejar-kejar dalam bilik, habis mengamuk orang kat bawah rumah.

Hijau and biru and putih.. bliss

And after semua dah settled kat lobby and dapat kunci bilik, I noticed dorang akan assigned sorang staff dorang for each room. So staff ni la (tak ingat dah nama dia) yang akan ikut kita ke bilik, show us around the area, jawab soalan apa-apa yang korang ada, and macam-macam lagi. Personalised service gitu, which I totally love!! TJR ni ground area dia memang cantik. Landscape yang super duper awesome, well maintained and well trimmed. Memang tak ramai orang kat resort ni (ye la, resort untuk orang have-have kan, ahem, memang la tak ramai orang hahahah), masa jalan ke bilik and tengok surrounding area, Cikgu tak jumpa sekor makhluk pun. Kitorang jek kat situ yang excited tanya macam-macam soalan kat staff dorang yang dah diassigned to our family. Guests lain agaknye tengah tidur ke apa ke ntah la..


Family photo with Mr Cupcake Man :p

Disebabkan kitorang awal, bilik pun tak ready lagi.. So we all, di bawa ke salah satu restaurant untuk makan lunch. Memang perut dah lapar pun.. so kira rezeki la tu.. Sambil jengjalan ke restaurant kat hujung dunia,sambil melihat keindahahan alam kat sini.. Makan tengahari we all pun termasuk dalam pakej ye.. Restoran yang kitorang pergi lunch nama dia Nelayan, ala Fisherman la kata orang putih kikikiki.. Restoran ni kat hujung resort ni, dekat dengan swimming pool. Awesome la view kat sini. Cuma kalau korang duk kat area luar restoran, panas lit lit baq hang! Ada menu buffet and ada menu ala carte. So, sebab baru jek habis rayakan, tekak cam nak makan western (mengada la sangat) .. so we all order western food aje untuk isi perut, sambil duduk-duduk santai ditemani dengan angin laut sepoi-sepoi tak reti bahasa.




Swimming pool yang awesome. Restoran Nelayan is the one on the right, atap warna terracota tu



Camwhoring jap sebelum makanan sampai.. thanks Mika layan Mummy yang giler posing ni.. saaaayaang Adik!

The view of the beach from the restaurant. Nangis!!

Dah puas makan kuah kacang, rendang bagai, makan burger and spaghetti la pulak. Orang puteh la sangat kan??






0

Tanjong Jara Resort, Dungun Terengganu - Part 2 (Daftar Masuk)

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Sunday 9 September 2018 16:49 in , , , , , , , ,



First of all, Cikgu minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak hupdate blog ni. Especially kepada kome kome yang tunggu sambungan pasal Tanjong Jara Resort yang super duper awesome ni. Bukannye apa Senah, Mak busy you... mak melencong pi Perth 2 kali, pi Jakarta berkali-kali, Bangkok, Singapore berkali-kali, Siem Reap, Athens, Mykonos, Santorini .. tu cuti-cuti obersea, belum lagi cerita cuti-cuti Malaysia .. ditambah dengan jaga anak, jadi Geisha kat rumah, jadi boss kat office.. so faham-faham aje la kan.


Nah, teaser gambor kat Santorini ...

Kotnye nak dapat masa, boleh duduk and menaip cerita Cikgu yang panjang lebar macam biasa ni, memang saat yang rare la.. Ha ni pun, dah ada kat Desaru ni, duk tepi pool, bosan tahap gaban, so sementara tunggu Mika berseronok kat swimming pool .. boleh le mula menaip.. berpeluh ketiak den walaupun duk bawah payung

Kat Desaru ni... jadi Life Guard untuk Mika kat tepi pool .. boleh le mak menaip

Okay so sambung entry pasal TJR (singkatan aje la ni senah, tak larat dah Cikgu nak tulis panjang-panjang). TJR ni memang best tahap gaban! Boleh kasi rating 9/10 (kenapa bukan 10? Nanti cikgu cerita) actually nye sebab memang we had an awesome stay kat sana. Food sedap sehingga menjilat jari ( berat cikgu naik 2 kg in 3 days *nangis tepi bucu katil*) , bilik pun best, impeccable service, private beach yang sungguh cantik and more la. Walaupun dah setahun lebih berlalu, kotnye kalau tak de idea nak pi mana, sokmo macam dalam kepala “kalau pi TJR ni macam best jugak” .. tapi biler memikir nak kena drive berjam-jam to Dungun from KL, cam terus cancel ahaks! Sapa-sapa nak baca pasal part 1 yang Cikgu tulis tahun lepas *tutup muka dengan guni beras* , boleh pi sini 

So, sesampainya di lobby hotel, kitorang disambut oleh sorang mamat ni siap pakai baju melayu sampin and songkok bagai berdiri tepi sebelah gong . Fuhhh, lelaki melayu terakhir gitew!. Cikgu pun senyum and cakap “slamualaikum bang” . Dia senyum and sekali GONG!! Dia pi hentak gong yang duk sebelah dia tu. Opocot!! Bergema taik telinga mak ko! Rupa-rupanye, setiap kali ada kedatangan tetamu ke resort, mamat ni akan ketuk gong tu, sebagai tanda selamat datang and signal to other staff that they have new guests arriving. Hmm.. bagus gak idea ni kan? I mean, the very traditional way gitu la kan, nak kasi satu kampung ada malaun masuk kampung kita hahahaha

Tukang pukul gong aka Abang Long Kawasan

Tetiba, ada 2 orang staff resort datang and sambut we all dengan senyuman yang manis melenting .. tengok, belum masuk bilik lagi, dah best kan?? Tu baru jek sampai depan lobby, belum lagi sampai bilik ke, kolam ke, pantai ke...  So sementara ATM bergerak  Mr Darling pi park kereta and datang lobby, mummy and anak-anak chill dekat lobby. We all dihidangkan dengan air apa ntah, super refreshing and sedap. Plus dapat makan kuih cara lagi, my favourite!  .. rasa cam nak mintak tambah lagi, tapi segan ahak!
Kuih Cara Manis kegemaran cikgu. Empat ketul jek?!?!?


Cikgu suka sangat design lobby dia. Serious rasa macam kat dalam rumah kampung Melayu, dengan atap kayu and landscape and kolam bagai. Serious gorgeous! Nah, Cikgu sajikan gambar-gambar kat bawah ni untuk tatapan korang.. nanti boleh berangan and manifest untuk datang duk sini for your next vacation. Muahhh!!

Jengjalan nak pi main lobby

Cantik kan atap kayu ni? Major love! 

Nah, makan cupcake! Muhahaha sorry Darling :p

Suka sangat area lobby dorang 




Copyright © 2009 Blog Cikgu Maz - Cerita-ceriti Cikgu Maz All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.