0

My First Ever Cheesecake

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Saturday, 30 March 2013 18:15 in ,

Cheesecakes - Versi Original untuk Daddy and Versi Blueberry untuk Meisha 

Masa duduk di overseas dulu (11 tahun ye di London nun).. suka je makan cheesecake ni.. satu, sebab dia sangat le murah.. beli yang frozen punye, pastu simpan dalam freezer.. biler time nak ngap, keluarkan dari freezer, thaw kan sekejap, pastu bukak mulut luas-luas dan ngap le dgn penuh perasaan... heheheh

Tapi biler balik Malaysia, susah sungguh nak carik frozen cake - yg murah dan yang sedap. Nak beli pun mahal, sepotong cheesecake kat Secret Recipe tu adalah bersamaan dgn gaji satu jam abang-abang yang kerja kat Dominoes Pizza Delivery yg susah payah meredah traffic dan hujan panas untuk sesuap nasik, tau tak?? (sekarang, ada tak you all rasa bersalah, makan kek mahal? *evil grin* )? So kalau you all ada rasa ala-ala bersalah nak makan satu slice cake ni sebab dok tergenangkan brother pizza delivery tu, so boleh le cuba buat sendiri.. Boleh makan lebih dari satu slice, makan le sampai ko muntah kiah oooii....

To be fair, Cikgu ni tak de la suka sangat makan cheesecake ni.. or any jenis cake. Buat suka, makan tak suka.. so sebab tu la dapat maintain body yg selim melim ni (chewah).. kalau sambil bakar cake dgn sama naik dgn makan cake tu, so memang confirm le kena membajak kat gym or slimming centre ( I am far too busy nor do I have the time to do both ye).. Anyway, anak I, si Meisha and laki I, si Daddy tu, suka le sangat makan dessert-dessert yang manis ni.. So terpaksa le buatkan, sebab Daddy tak suka sgt le nak makan or beli kat kedai yang super mahal tu, and dia dok asyik suruh bini dia buatkan, masakan air tangan bini is the best. Ayat standard orang lelaki kan? :)

So, gigih le Cikgu menggoogle, nak carik resepi yang paling senang dan yang  paling tak renyah nak buat..

Anyway, Cikgu ada adjust and ubah sikit resepi based on what I found on the web, sebab tak nak buat banyak sangat, just the right size for my small family. So kat bawah ni, Cikgu bagitau macam mana nak buat cheesecake ni.

Bahan-bahan:

Bahan A
Satu paket 350g biskut marie (biasa orang guna biskut digestive, tapi macam susah nak cari, so guna biskut marie, dan hasilnye okay jugak)
1/4 cawan castor sugar
1/3 cawan butter / margarine (dicairkan)

Bahan B
2 pkt Cream Cheese (Philadelphia or yg sewaktu dgn nya) - softened. Keluarkan dari fridge around 10mins before nak guna.
1 cawan castor sugar

Bahan C
1 pot Plain Yogurt (yg kecik tu, I always use I small pot of  Nestle Natural Yogurt)
2 biji telur
1 tsp vanilla esen

Cara:

Panaskan oven to 160'C. Sediakan loyang bulat dlm 8".. For best result, guna loyang yg non stick dan yg boleh bukak bawah dia..

1. Masukkan Bahan A dlm food processor. Blend sampai jadi bread crumbs
2. Masukkan dlm loyang, tekan sampai kedap utk base, dan kat side of the loyang kalau suka .. Kalau tak pun, letak kat base je dah cukup.. Betapa tinggi base tu, again ikut own preference. Ada yg suka crumbs ni byk, ada yg tak suka.. So it is your choice ye. Set aside.
3. Blend Bahan B dlm mixer, hingga agak kembang and mix well, medium speed
4. Masukkan plain yogurt dan vanilla, blend lagi for about 2mins
5. Slowkan mixer to yg paling slow sekali, masukkan telur one by one.
6. Pastu, biler telur dah sebati, tuang dlm loyang dan bakar selama 40-60 mins depending on oven, sampai kat tengah cheese cake set. Tak yah keras sangat, nanti tak sedap.
7. Lepas tu, switch off oven, bukak pintu oven sikit, and biar cheesecake dalam oven tu for another 40 mins. Jangan keluarkan dari oven masa tengah panas-panas, takut nanti perubahan suhu mendadak boleh buat cheesecake mendap.
8. After that, masukkan dlm fridge, sejukkan for at least 3 jam before makan.. So hasilnye seperti di atas.. Kalau nak letak perasa, boleh guna strawberry or rasberry jam. Cikgu guna blueberry paste, beli kat kedai bakery.

Kalau suka base coklat, boleh guna oreo crumbs. Ni boleh beli kat kedai bakery supplies.

------------------------------------------------------------

0 Comments

Copyright © 2009 Blog Cikgu Maz - Cerita-ceriti Cikgu Maz All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.