0

Biler di Pulau Redang: Part 1: Cuti-cuti Pulau Redang.. atau Redang Island la kata omputih...

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Thursday 11 September 2014 11:37 in , , , , ,

Look at the view, marvelous! Boleh lawan view kat Maldives you :)

Family photo kat depan Resort yang menjadi rumah tumpangan kami selamat 4 hari 3 malam... best banget resort ni tau! 

Dah lama tak update blog.. seperti biasa, busy dengan benda ntah apa-apa.. Kadang-kadang masa tu ada, tapi tak de mood lak nak menaip, nak carik gambar... and kebetulan sebelum ni sibuk dengan projek database dengan client. Now ni, dah relaks sikit, boleh le mula nak menulis balik.. kang best kalau ada orang tukang taipkan entri-entri kat blog ni.. hahahahha memang terbaek la kan kalau ada secretary macam tu ? Lagi best, kalau khidmat secretary tu FOC, bayaran nye dengan cupcakes sedozen ke, or brownies setalam ke... giler bahagia bak hang! :)

Anyway, Cikgu nak blogkan pasal percutian family we all ke Pulau Redang pada musim cuti sekolah bulan June yang lalu.. again, seperti biasa, dah nak masuk cuti sekolah lagi satu, dah lepas ke Singapore masa raya lagi baru ni, tapi baru le terhegeh-hegeh nak update.. ni pun, sementara nak tunggu anak cikgu, si Meisha tu habis UPSR kat sekolah.. and nak menghilangkan rasa stress dan nervous yang amat di jiwa seorang ibu yang sangat mengharapkan anak nye berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.. sob sob... chewah..drama la pulak kan??? Hahahah .. tapi seriously uolls.. cikgu memang kecut perut dan nervous giler babas ni.. semoga Allah permudahkan Meisha dan memberi idea-idea yang bernas untuk menjawab soalan, dan memberi Meisha kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR dengan mendapat 5A.. aamiinnnn.....

Alright, back to Pulau Redang.. untuk pengetahuan semua, sebenarnya for the past 3 years, memang setiap kali cuti sekolah bulan June, kami sekeluarga akan ke Terengganu.. the whole family loves snorkelling!!Jadi, setiap kali cuti tengah tahun, kami akan drive all the way to Terengganu, pastu naik bot ke , tongkang ke , feri ke dan yang sewaktu dengannye untuk ke pulau-pulau yang ada kat Terengganu ni.. Tahun pertama, kami ke Pulau Redang, tahun kedua kami ke Pulau Lang Tengah, dan tahun ketiga, iaitu tahun ini, kami ke Pulau Redang semula .. Kenapa pegi masa cuti tengah tahun? Sebab masa cuti hujung tahun dan cuti bulan March, resort mostly tutup sebab musim tengkujuh daaaa...  Lagipun, sebenarnya sedara mara cikgu pun ramai je kat Terengganu ni, sebab arwah mak adalah orang Ganu kite.. Na na na na na ganu kite.... bab kata Salim Iklim :) interframe lagu jap hehehhe .. dan masa nilah cikgu boleh borong and beli stok batik sutera yang cun melecun dan yang lebih penting, murah giler dari kat KL ni ..

So anyway, biasanye cuti ke pulau-pulau ni, we all bercuti dalam 5 hari.. 1 malam di Kuala Terengganu (utk tidur lepas penat aje, sebab bot biasanye the very the early morning the next day), dan we all duduk kat pulau dalam 4 hari 3 malam .. kalau duduk 3 hari 2 malam je kat pulau rasa tak berbaloi penat drive 7 jam, sampai kematu bontot gue dari KL ke KT .. dah le cikgu yang mostly jadi driver kat bapak dan budak-budak ni.. hisshh.. penat you, 7 jam kena concentrate.. tapi sangat le berbaloi biler dah sampai ke pulau dan tengok air laut warna biru firus gitu, angin sepoi-sepoi bahasa,, brader-brader beach boy yg tough lagi macho dengan six packs bagai ahem ahem.. jangan mare ye sayang ... hahhahahaha .

Okay jap lagi cikgu tulis part 2 pulak.. nak baca yassin utk anak nak periksa ni... tunggguuuuuuuuuuu






0 Comments

Copyright © 2009 Blog Cikgu Maz - Cerita-ceriti Cikgu Maz All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.