0

Tanjong Jara Resort - Part 5 - (Pool & Beach)

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Wednesday 19 September 2018 13:00 in , , , , , , ,

Tg Jara Part 1
Tg Jara Part 3


Untuk entry ni, Cikgu nak cerita pasal swimming pool and pantai Tanjong Jara yang super duper best. Siap ada tutle conversation project lagi kat beach ni tau.. Baca sampai habis ye :) So, lepas dah letak barang semua kat dalam bilik, dah buang yang kecil and besar and perut semua dah best, Mr Darling ajak pergi pool untuk mandi manda katanye.. Okay la Darling, boleh jek .. mika pun macam tak sabar-sabar nak pi pool.

The swimming pool is located kat hujung resort ni, dekat dengan Restoran Nelayan yang we all pi lunch tu... pool yang agak selesa and besar and mengadap laut, ala-ala infiniti pool gitu. I am not a big fan of public pool (ewwww) .. so biasanye Cikgu jadi bodyguard and lifeguard untuk Mika aje la.. more like his personal tukang tunggu la .. nak buat macam mana, biler dah jadi ibu ni, automatically segala jenis pekerjaan jatuh kat kita, betul tak? Driver, maid, tukang cuci, tukang masak, tukang angkat bag, tukang kemas, tukang tunggu, tarzan, hantu raya dan lain-lain ahaks! But I am ok aje duk kat tepi pool, pakai sunglasses besar and topi besar, duk bawah payung sambil menikmati air buah tanpa alcohol sambil cuci mata sambil jadi lifeguard and baca buku etc.

Jom pi pool

Daddy dengan beach beg rotan, styloo giler! Ko hado?? Hahahaha ps: beg ni Resort punya tau, untuk guests bawak pi pool and pantai. Korang jangan bawak balik lak *mode garu kepala memikir berapa la bil hotel ni* ahaks


Bapak cooool darling bawak beg ni *love*
Mika seperti biasa, terjun pool and tak kisah kat sapa-sapa dah

Mummy seperti biasa, dengan hobi mummy... camwhoring.. and tak kisa kat sapa-sapa dah, ahaks!

tak ramai orang, I like!!

This is life!

Lagi satu yang best kat sini, adalah pantai dia. It is a private beach, so tak ramai orang kecuali hotel guests. Pantai pun bersih and luas. Ko nak mandi ke, nak buat adegan kuch kuch hota hei ke, memang sesuai sangat la jah! Ada hammock, ada pasir, ada air laut and siap ada kerusi meja untuk candle light dinner lagi!! Tak tipu weeiiiii..................



Tapi yang paling best for me, sebab ada turtle conversation project on this beach. So, Cikgu and anak-anak boleh la belajar something from this trip. Kat resort, dorang ada bagitau pukul berapa aktiviti berkaitan turtle conversation project ni akan dijalankan (pagi dan petang), so please do check because you wouldn't want to miss it. It's a great activity for the kids and mak ayah kids pun. We learnt loads pasal turtle ni, tapi macam dah lupa la pulak now ni. Otak dah berkarat kan? Ada lah pulak mat salleh and minah salleh yang jadi team leader for this project, Pasal asyik mat salleh and minah salleh ye? Kenapa bukan anak-anak muda kita? Tak minat ke pasal ni semua? *garu dagu*

Yang paling best, during one of the sessions dorang check telur penyu tu, we managed to witness satu kelahiran baru. Wooohoo!! Giler excited biler dorang korek-korek pasir, tetiba, bawak keluar anak penyu sekor baru menetas . Best ke best?? Mesti la best kan? Mika pun terlompat-lompat seronok nengok anak turtle tu, mummy toksah cerita la, lagi la over hahahaha *tutup muka dengan guni*


Mika asyik mengintai, nak tengok baby turtle katanye

Hello World!!

Pasal  mat and minah salleh je yang selalu interested buat kerja-kerja macam ni?
















0 Comments

Copyright © 2009 Blog Cikgu Maz - Cerita-ceriti Cikgu Maz All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.