0

Biler balik Kuantan... Part 1

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Thursday 11 April 2013 22:21 in , ,
Last 2 weeks, cikgu dan anak-anak balik kampung, di Kuantan. Kebetulan cuti sekolah, dan kelas dgn KEMAS kena reschedule, and ada kenduri lak, jadi balik kampung.... O o o balik kampung... I am very grateful that I still have a kampung to go home to. Walaupun dah beranak pinak di bandar, tapi masih lagi best balik kampung.. I always feel it is like an escapism, jauh dari hiruk piruk kotaraya ( eh betul ke ayat sastera ni?) .. I mean, macam kesian dengan orang yang tak ada kampung... Biler hari raya, pusing-pusing kat shopping mall le jawabnye.. Sedih kan!

Dan cikgu rasa anak-anak pun sangat beruntung, ada 2 kampung.. Satu di Kuantan, satu di Port Dickson.. My two elder sisters, walau tak duduk kat Kuantan, tapi masing-masing ada beli rumah di Kuantan, sebagai istana hinggap sebab utamanye.. Supaya ada excuse untuk balik kampung dan ada tempat untuk tidur, tak yah tumpang rumah adik beradik, especially sejak ayah mak dah tak ada.. Cikgu je tak ada rumah di Kuantan, sebab biler ada husband CFO ni, susah sikit, biler dia cerita pasal long term financial commitment le, ekonomi theory dia yang bombastic tu ( biler dia dah start masuk part ni, dalam otak cikgu dah mula berpikir, bestnye kalau gi dating dengan Adam Levine fr Marron 5 band tu hehehehe ) so, cikgu and anak-beranak selalunya, tumpang aje le rumah kakak, Achik, ataupun dok hotel semalam dua or dok rumah parents angkat, mama dan abah. So, port untuk tidur tak de masalah nye..

So biler balik kampung, apa yang selalu we all buat? Ada 3 perkara yang wajib , 1) lepak kat Pantai 2) makan gorengan di Kedai Mak Su dan Pak Su di Tg Lumpur dan 3) makan ikan bakar di Restoran Eskaypi, Sg Karang. Actually, ada satu lagi activity wajib, tapi ni biasanye mummy sorang je le yg buat... Nak tau apa? Malu nak cakap... Hehehe... Ala.. Aktiviti wajib mummy ialah beli kain kat Kamdar Kuantan. WT hell right?? I know, I know, aktiviti yg langsung tak merangsang minda, tapi Kamdar Kuantan best hokay?! Kain murah, banyak choice lagi... Paling best, boleh parking depan kedai, wa cakap lu... Kat KL hada? Tak ada kan... Hahahahah

Ok, kita tinggalkan Kamdar jap. Jom cite pasal aktiviti pertama, Lepak di Pantai.. The best thing about Kuantan, and kenapa cikgu bangga ada kampung di Kuantan ialah, the beaches yg super gorgeous, dan macho with long sandy beach unlike pantai-pantai berselut kat sebelah barat macam kat PD, Melaka or kawasan-kawasan yang sewaktu dengannye yang nak mandi pun geli.. ( in defense, daddy selalu cakap kat PD selat, kat Kuantan, South China Sea, mana boleh compare..heheheh) Asal balik Kuantan, Mika akan cakap " adik nak main sandcastle" selagi dia tak dapat main sandcastle, selagi tu buat muka ketat, and selagi tu  le dia akan sebut, and selagi tu le mummy tak enjoy nak gi mana-mana esp Kamdar sebab Mika akan tanya setiap 5 mins "adik nak play sandcastle" urggghhhh!! So, mesti pergi pantai, walaupun sekali je.. Sebab lepas dia dapat pegang pasir and main golek-golek, then dia akan puas hati, dan takkan tanya dah lepas tu...

Heheheh so pantai yang selalu we all lepak is Pantai Pelindung, mainly sebab dekat dengan rumah my Abg Long.. Only two minutes drive from rumah along,.. So lepas main pasir, boleh singgah rumah along utk mandikan budak-budak ni, bagus kan? I hate public toilets, so nasib baik le rumah along dekat and tak dikenakan bayaran lak tu, tandas bersih dan sangat puas hati.. saaaayang along... :) No 2, sebab pantai ni agak privasy.. Orang luar tak tau pantai ni wujud, sebab pantai ni kena masuk celah-celah rumah orang, lalu jalan kampung, baru le jumpa.. Orang-orang yang terpilih je tau pantai ni kat mana ( chewah) :) so, biler dah tersorok, tak de le ramai nor umat manusia kat sini.. Hanya orang-orang kampung yang datang ambil angin petang or angin pagi..and pakcik-pakcik nelayan yg sedang melepak or baru pulang dari laut.. Ada gerai-gerai kat tepi pantai ni, gerai dia pun agak ancient and klu silap hari, boleh runtuh biler kena tiup angin... Lantai pun tak ada.. Berlantaikan pasir je tau.. Betapa authentic kah tu? Fuhh.... Tapi makanan nye sedap tau, especially keropok lekor, atau bahasa orang sini, kepok lekor. Terangkat seh! Kalau balik dengan anak-anak sedara, gerenti cikgu kena ketuk belanja dorang ABC...

Bersambung... part 2.. sementara tu layan dulu gambar-gambar ni...





Aman dan damai.. pantai yang panjang and lebar..  penuh privasi :)

Seronok dapat jadi mermaid eh, merboy :)




Pagi petang nak gi pantai.. ni main sandcastle, muka happy giler!

So much space for everyone!! Orang kampung je tu semua kat belakang interframe, ambik angin petang...

Gerai paling authentic lagi usang, favourite cikgu dan anak-anak buah.. tengok lantai pun tak ada.. beratap kan zink, berlantaikan pasir pantai.. syok!!

Anak-anak saudara bergambar, ready nak ketuk mak sedara, ahaks!! :)

ABC + keropok lebor = TERBAEK!!!

Dari KL to Kuantan, merempit kampung style :)
---------------------------------------------------------------



0 Comments

Copyright © 2009 Blog Cikgu Maz - Cerita-ceriti Cikgu Maz All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.