0

Meisha.. seorang usahawan...bermusim..

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Friday 19 April 2013 18:46 in ,
Ni entry pasal Meisha, my oldest daughter.. Meisha ni memang minat berbusiness, maybe sebab selalu kena brainwash dgn daddy dia tu kan? Tapi minat berbusiness dia ni, bermusim .. Time dia tengah semangat, memang hari-hari nak berbusiness, tapi kalau time Vitamin M dia mari, hampeh le kan? So, baru-baru ni, Meisha telah develop satu hobi baru.. membuat souvenir yang gantung kat beg tu, menggunakan benang kait, ditocang nye 2-3 colour, pastu boleh le kita ikat kat beg ke, kat hidung ke, kat telinga ke.... Entah mana le dia dapat idea tu, rasanye masa salah satu projek seni dia kat sekolah kot.. So, nak dijadikan cerita, dia pun buat le 2-3 tali ni, pastu bawak gi sekolah.. tiba-tiba ada lak kengkawan yang suka, terus le mengorder.. Biler dia balik rumah, so ini budak dah tak senang duduk... disuruhnya mummy gi beli benang berbagai-bagai colour, beli itu le beli ini la... mummy malas le nak layan, sebab dah tau perangai dia ni, yang ala-ala hangat-hangat tahi unta.. heheheh

Cikgu pun dalam kelas selalu cakap, kat Malaysia ni senang sangat nak carik duit, janji kena rajin. Kat mana-mana boleh je pacak kedai or letak meja kecik. Jual le apa-apa pun, nasik lemak  ke, goreng pisang ke, jambu batu ke, air ke, batu salut coklat ke, dahan kayu masak asam ke, mesti ada orang beli nye...betul tak? Kalau tak, takkan le orang Indon, Bangla and Myammar sanggup merentas lautan naik tongkang nak datang sini kan? :)

Anyway, si Daddy ni, dengan semangat jitu and tak mahu anak dia give up, keluarkan le modal untuk beli benang-benang kait ni.. tak de le mahal sangat.. tapi saja je mummy ni malas nak layan, penat pun ye, fed up pun ye.. Anyway, dah dapat benang-benang kait yang disponsor oleh daddy, lagi le semangat dia ni kan.. Kehulu ke hilir dia mengusung benang ni.. contoh masa gi Melaka baru-baru ni..

Tengok tu, sementara tunggu makanan, sempat lagi bawak keluar benang dgn gunting! Gaya usahawan  gigih :)


Posing jap, dengan gunting and benang depan mata..


Masa melawat Serama Park, si Meisha ni tunjuk and buat le satu sample kat Auntie Fauziah.. so Auntie Fauziah pun kasi le tip-tip untuk menjadi businesswoman yang berjaya (chewah).. contoh seperti Buy 2 Get I Free kind of promotion. Yang best tu, si Meisha ni pun, biler balik KL, mengapply le ilmu bisness yang auntie ajar.. Meisha nye promotion tag line, "Buy 1 for 40 sen or buy 3 for RM1 and get another one extra free" Nah engko promo baekk punye... Andd siapa sangka, buah cempedak dah jadi nangka, dapat le banyak order, banyak giler hokay?? Sampai Meisha naik stress sebab biler dah terlalu banyak order, sampai tak sempat nak buat homework!!

So, being anak daddy, nak tau apa yang dia buat?? Dia delegate kerja menocang benang-benang tu, to orang lain.. so sapa mangsanye?? Semestinya Bibik dia la..hahahha... Dah le bibik buatkan semua order, langsung tak dibayar upah, duit jualan and untung dia kaut sorang-sorang.. memang yahudi sungguh anak mummy ni,..tapi bak kata daddy "jadi businessman kena ruthless".. so Meisha pun tanpa rasa bersalah, menggunakan bibik untuk membuat keuntungan untuk diri nye sendiri. Terbaek le anak mummy!! :)

Anyway, in 3 days, dia berjaya dapat dalam RM20!! Banyak le tu kan??


Menyusun benang-benang yang telah disiapkan... oleh bibik.. cit..


Order-order yang siap dipacking kan..


So apa jadi sekarang ni ? Business terpaksa ditangguhkan buat sementara.. kenapa? Sebab ada budak yang jealous kat school dia , and nak report kat Cikgu Disiplin pasal Meisha buat business kat school (apparently, tak boleh buat business kat sekolah ni) ... biasa le, Melayu bukan boleh tengok orang Melayu senang kan? *hmmmm* Meisha ni lak, jenis yang sangat le skema and mengikut peraturan.. so langsung le dia tak ada mood nak buat business dia lagi.. Mummy and Daddy suruh buat cara black market pun dia tak nak.. so, how?? Nasib baik Mummy tak keluar modal beli benang..... *hahahhahah*

0 Comments

Copyright © 2009 Blog Cikgu Maz - Cerita-ceriti Cikgu Maz All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.