0

Finally, time to go on a holiday ... yipppeeee!!!

Posted by Cikgu Maz aka Mummy on Thursday 25 April 2013 22:48 in , , , ,
Saujana mata memandang....

So finally, setelah lama rasanye menunggu, hari untuk bertolak ke Phuket pun tiba... Esok pagi-pagi subuh  Sabtu (ayam, kambing, cicak, lipas semua tak bangun tidur lagi), tapi cikgu dah kena ada kat LCCT.... uwwwaaaa).. apa nak buat, naik bus terbang murah Tony... this will be my 2nd time on AirEsah, time yang pertama, gi training kat Kuching, yang kedua ni, ha ni nak ke Phuket ni... selalunye cikgu akan cuba elakkan naik AirEsah ni especially biler travel dengan anak-anak.. sebab yang leceh dengan AirEsah ni, asyik nye le delay.... jadinye macam kesian kat budak-budak dan mak bapak budak-budak nak kena tunggu lama.. jap lagi anak-anak cranky dan mula buat perangai, mak ayah budak-budak tu pun naik hantu and start jadi tarzan.. pastu, terus tak ada mood nak holiday..

So my motto is always, kalau boleh, and kalau tak boleh pun, boleh kan jugak, mesti elakkan AirEsah ni,  mesti naik MAS ataupun lain-lain airlines yang lebih mewah le sikit dari AirEsah yang konfirm semua orang boleh naik ni.. chewaaah...bayar lebih sikit tak pa, janji selesa dan tak stress...kalau tak mampu nak naik MAS bersama anak beranak and mak bapak semua, duk rumah diam-diam ye.. sila le kena pukau depan tv ke, depan IPAD ke, depan TAB ke.. apa-apa le sehingga duit simpanan cukup dan ready untuk terbang bersama-sama Malaysia Airlines... *iklan tak berbayar ni*

But anyway, kengkawan semua dah agree nak naik jugak kapal terbang mak Esah ni, so terpaksa le ikut... Oh ye, trip kali ni ke Phuket adalah bersama kawan-kawan perempuan sahaja ye.. anak, laki, maid, MIL, FIL semua kena tinggal... :) Bukannye apa, saje je nak rasa bercuti bersama-sama girlfriends, ye la, kalau tak asyik berkepit dengan anak-anak je, stress jugak kan?? Bukan le kata trip ni untuk enjoy giler babas ke apa ke yang sewaktu dengan nye.. trip ni lebih kepada aktiviti relaxations seperti pergi spa kena belai dengan massages, facial le, scrub le, aktiviti shopping dah aktiviti bergossip bersama kengkawan...dan kebetulan untuk menyambut birthday Cikgu dan another kawan, Mabel, yang kebetulan jatuh dalam bulan April dan May.. so kiranye tahun ni, birthday celebration cikgu kira gempak sikit le dari tahun-tahun lepas... muahhahaha.... aktivit-aktiviti susah sikit nak buat biler travel bersama hubby dan anak-anak..so tu yang mummies ni semua plan le satu holiday untuk kita recharge sama-sama...

Serina, Mabel, Roslyna, Hawa and Cikgu..

So sapa yang akan pergi ke Phuket bersama cikgu ? Yang akan fly bersama cikgu from KL are Dr Serina, Roslyan (adik Serina), Hawa. Satu lagi girlfriend, nama dia Mabel (birthday girl), akan fly direct dari Hong Kong (sebab dia memang stay and kerja kat sana) ke Phuket.. Kengkawan cikgu dan cikgu ni dulu, kengkawan lama dari London time.. so biler dah balik dok Malaysia, baru le nak explore region Asia ni pulak.. dulu dah teroka benua Eropah.. now ni, kita travel dekat-dekat ngan jiran negara nita...  Tak sabar rasanye nak ke Phuket, tapi at the same time, sedih and anxious nak tinggalkan anak-anak dan laki ku ini... anak-anak, jaga daddy baik-baik ye *sob*sob*

Anyway, Boarding pass semua dah setel, passport dah ada, duit pun dah tukar, barang semua dah kemas (penat seh, bukak tutup bag, masuk keluar barang)... tunggu nak ke airport (daddy setuju hantar walaupun di pagi buta hari.. thanks Darling, lab you so munccchiee) , and hopefully tak ada le masalah, delay ke, sekatan jalan raya ke, kapal terbang belum sempat cuci ke, apa ke.. yang penting, cikgu doakan semoga perjalanan kami kengkawan akan dipermudahkan dan selamat pergi dan balik.. Ameeennn...


0 Comments

Copyright © 2009 Blog Cikgu Maz - Cerita-ceriti Cikgu Maz All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.